CKO 55 : KURUS SEBELUM 2022 VS CKO 67 : PECUT KURUS NOVEMBER Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya bersama program Cabaran Kurus Online (CKO). Untuk pengetahuan semua, saya mula menyertai CKO pada penghujung Mac 2021. Saya bermula semasa berat badan saya berada pada BMI Obese Class I. ( Baca di sini untuk baca journey turun berat badan saya bersama CKO.) CKO 55 : Projek Kurus Sebelum 2022, saya sudah masuk musim yang ke8 pada ketika itu. Timbangan akhir pada waktu itu adalah pada 28 November 2021. Tarikh ini juga adalah timbangan akhir untuk peserta CKO 67 : Pecut Kurus November tahun ini. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya pada ketika itu. Berat badan saya pada awal November 2021 adalah 52.65 kg. Jika diikutkan berat badan saya sudah ideal pada waktu itu. Namun, berat badan saya tetap turun walaupun pada jumlah yang sedikit. Saya turun sebanyak 400...