Skip to main content

THROWBACK SETAHUN : CKO 55 VS CKO 67

 CKO 55 : KURUS SEBELUM 2022 VS CKO 67 : PECUT KURUS NOVEMBER



       Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya bersama program Cabaran Kurus Online (CKO). Untuk pengetahuan semua, saya mula menyertai CKO pada penghujung Mac 2021. Saya bermula semasa berat badan saya berada pada BMI Obese Class I. ( Baca di sini untuk baca journey turun berat badan saya bersama CKO.)

    CKO 55 : Projek Kurus Sebelum 2022, saya sudah masuk musim yang ke8 pada ketika itu. Timbangan akhir pada waktu itu adalah pada 28 November 2021. Tarikh ini juga adalah timbangan akhir untuk peserta CKO 67 : Pecut Kurus November tahun ini.  Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya pada ketika itu. 

      Berat badan saya pada awal November 2021 adalah 52.65 kg. Jika diikutkan berat badan saya sudah ideal pada waktu itu. Namun, berat badan saya tetap turun walaupun pada jumlah yang sedikit. Saya turun sebanyak 400 gram, iaitu 200 gram pada 2 minggu pertama dan 200 gram lagi pada 2 minggu berikutnya. Amazingkannnn program ni. 

            Perkongsian saya dalam group coaching. Bacaan timbangan final.
Komen dan kata-kata semangat  daripada Head Coach Azura 😍
Komen daripada Coach Zahidah😄
                              Saya kongsikan gambar terkini 28 November 2021 seperti yang diminta oleh Head Coach Azura.😘

                                                Komen daripada rakan sama misi dalam group, Khalidah. 

                                   Head Coach Azura yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada para peserta

                         Coach Zahidah buat testimoni guna gambar yang saya kongsikan dan komen membina Coach Kak Ghan.

                      Saya menjawab soalan daripada Head Coach Azura. haha...dalam group whatsapp pun buat karangan panjang😂

                                Powerrr Head Coach Azura...karangan saya tadi dah dirumus dalam bentuk point👍👍👍


                             Baju yang sama pada tarikh berbeza. (28 November 2021, 23 Julai 2022 & 26 November 2022)


   Kesimpulannya,  apa yang saya ingin sampaikan adalah :

a) Pentingnya group support dalam misi menurunkan berat badan secara sihat. (dapat ilmu yang betul, inspirasi dan semangat).

b) Pentingnya ada Head Coach dan coach yang sentiasa membimbing dan memberi kata-kata semangat untuk kita terus konsisten dengan gaya hidup baru.

c) Dengan ilmu yang betul, kita akan dapat menjadikannya sebagai gaya hidup sampai bila-bila. Sebab itu juga saya meletakkan 3 gambar berbeza tarikh menggunakan baju yang sama. Dari gambar ini kita dapat melihat bahawa dalam masa setahun, baju tersebut masih selesa saya gunakan. Ini bermakna saya dapat maintain berat badan ideal yang saya peroleh semasa CKO 55 yang lalu. Alhamdulillah....

Kini, giliran saya pula ingin membantu anda mendapatkan berat badan ideal anda. Jika saya boleh, anda juga boleh melakukannya. 

Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm kita pecut kurus Disember ini. Insha Allah boleh tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE

Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍

Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program

👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat

Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...