Skip to main content

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA 
CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION


        Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱.(Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah... 


        Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.
     Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebelum join CKO, saya telah memilih Pakej Premium untuk memulakan program. Oh ya, Program CKO menawarkan 3 pakej iaitu Basic, Advance & Premium. Anda boleh pilih pakej yang anda suka berdasarkan bajet.  Saya agak 'tamak' juga sebenarnya..hihi...Awal-awal lagi saya mahu set lengkap untuk memulakan program😉 
    Setelah mendapat Kit Herbalife Nutrition, saya memulakan program CKO pada 22 Mac 2021. Inilah tarikh penting yang telah mengubah diri saya dalam journey turun berat ini.  
    Seawal 2 musim menyertai CKO, saya hanyalah seorang peserta silent reader sahaja di dalam group. Lagi-lagi pada waktu itu bilangan ahli dalam group itu agak ramai. Namun, setiap topik coaching tetap saya dengar dan  fahami. Semasa musim ke 3, group whatsapp telah dipecahkan mengikut Headcoach. Bilangan peserta pada waktu ini semakin sedikit berbanding sebelumnya. Group baru inilah yang telah berjaya menyuntik semangat saya hingga ke hari ini. ( 14 musim secara tepatnya )
    Ditakdirkan pula pada waktu itu negara kita telah diisytiharkan untuk menjalankan Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP). Di sebalik ujian , terselit hikmahnya. Oleh kerana PKP, saya ada masa untuk fokus & ikut program dengan baik. Saya boleh mengikuti perkongsian ilmu yang dijalankan pada setiap pagi yang dikenali sebagai "Breakfast Chit Chat". Banyak ilmu dan info pemakanan dan kesihatan yang diperoleh selain daripada topik coaching harian dalam group whatsapp. Saya selalu teruja dengan setiap topik yang dibincangkan. Keterujaan ini menyebabkan saya menyediakan sebuah buku nota khas. Segala input daripada group coaching dan Breakfast Chit Chat saya catat supaya boleh dirujuk pada bila-bila masa.  
    Dari hari ke hari saya semakin bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Saya kongsikan semua meal harian di dalam group whatsapp. Star Rating Meal Plate adalah yang paling saya tunggu-tunggu. Ini kerana setiap pinggan yang kita kongsikan gambarnya di dalam group akan diberikan rating oleh Headcoach. Saya bukan sahaja membaca komen pada pinggan saya sahaja tetapi juga pinggan peserta yang lain. Dari situlah saya belajar dan memahami apa yang perlu ada pada pinggan sihat kita. 
    Benarlah kata orang, melakukan diet memerlukan kita berada dalam "circle" yang positif. Itulah untungnya apabila kita menyertai CKO. Kita akan mendapat suntikan semangat daripada Headcoach, barisan coaches dan peserta yang mempunyai misi yang sama. Satu ayat bermakna yang masih saya pegang hingga hari ini  pernah dikatakan oleh Headcoah Azura ialah "Every day is day 1".  Ini menjadikan saya sentiasa bersemangat.
    Jika diikutkan result saya biasa-biasa saja. Turun pun sedikit demi sedikit sahaja setiap bulan. Tetapi saya tetap bersyukur dengan result yang saya peroleh. Kejayaan pertama apabila  mendapat BMI Normal selepas 4 musim dalam CKO amat saya syukuri. Alhamdulillah...setahun yang cukup indah bersama CKO. CKO telah berjaya mengubah sudut pandang saya. Segalanya hanya bermula dengan satu KEPUTUSAN. Apa yang penting lakukan sahaja dengan KONSISTEN, InshaAllah result akan datang seiring dengan usaha kita. SEMANGAT dan DISIPLIN juga merupakan kunci penting untuk mendapat hasil yang diinginkan. Saya percaya, SEMUA orang boleh berjaya kerana tiada istilah GAGAL dalam usaha menurunkan berat badan selagi kita TIDAK BERPUTUS ASA.
    Di sebalik kejayaan menurunkan 23.65 kg, banyak perubahan positif yang berlaku dalam diri saya. BERUBAH dari segi saiz (XXL ke S), berat badan, pemilihan makanan,gaya hidup,ilmu pemakanan sihat & melihat KESIHATAN sebagai NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR.#healthiswealth
    Selain itu, keyakinan diri juga semakin meningkat. Tahap kesihatan juga semakin baik, dapat tidur yang berkualiti serta boleh melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Alhamdulillah semuanya atas izin Allah jua.
    
Selepas 3 musim dalam CKO.


 Selepas 6 musim dalam CKO.

 Selepas 8 musim dalam CKO.

Disclaimer : “Hasil ini bukan hasil tipikal. Hasil individu adalah berbeza-beza”

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?

•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?

•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍

•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,

•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.


𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 

𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠



•COACH Fashida

Coach Turun Berat Badan


Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...