Skip to main content

NAK KURUS : AWAS 5 AYAT SABOTAJ

 5 AYAT SABOTAJ DIET KURUS ANDA



Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Apa khabar diet kurus anda? Adakah masih di atas landasan? Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada pada minggu terakhir dalam bulan November. Ini bermakna kita bakal melangkah ke bulan terakhir bagi tahun 2022 iaitu bulan Disember.

    Masih ingat lagi dengan azam anda pada awal tahun 2022 yang lepas? Kajian menunjukkan azam paling popular saban tahun adalah AZAM NAK KURUS. Namun, sejauhmana kejayaannya bergandung kepada individu itu sendiri. Harap-harap azam itu tidak terkubur begitu sahaja ya😉

    Tahukah anda bahawa ada kata-kata yang boleh SABOTAJ usaha kita nak kurus dengan mudah. Walaupun kata-kata itu sekadar bermain di minda sahaja pun sudah cukup untuk mensabotaj diet tuan empunya diri. Jika ada di antara kata-kata ini yang selalu bermain di fikiran anda, jom UBAH supaya usaha diet anda tidak sia-sia.





# Ayat Sabotaj 1 : "Alah,sikit je."

- MINDSET ini jika dilakukan secara berterusan & konsisten, sedar tak sedar dah terlebih makan😥😥😥 Ingat peribahasa " Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit." sangat signifikan dengan situasi ini. Apabila kita mengambil kalori berlebihan setiap hari akhirnya ia akan menyebabkan berat badan kita semakin naik. Ingat dan fahami dahulu hukum kalori. Setiap lebihan 7700 kalori maka berat akan naik  sebanyak 1kg. Begitu juga sebaliknya. Nak kurus, perlu ada ilmu ye😘



#Ayat Sabotaj 2 :  "Besoklah diet"

- Kalau asyik cakap macam ni, bila nak diet betul-betul? Sudahnya sampai tahun depan pun tak kurus lagi😂😂😂 Ayat yang paling sering dilaungkan ialah "The diet starts Monday". Masalahnya, dah banyak hari Isnin berlalu. Namun, diet tak bermula lagi.😓



#Ayat Sabotaj 3 : "Takde masa la"

- Takde masa nak bersenam. Takde masa nak jaga makan. Takde masa nak fokus betul-betul. Jika anda betul-betul SERIUS, anda akan cari masa. Setiap orang ada masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Terpulang bagaimana kita membahagikannya.😉


#Ayat Sabotaj 4 : "Aku boleh kurus ke?"

-Pemikiran ini SANGAT BAHAYA kerana ia akan mempengaruhi tahap percaya diri sendiri. Ubah mindset ini segera kerana semua orang boleh kurus jika ada kemahuan dan kesungguhan. Percaya pada diri dan beri peluang kepada diri anda untuk berubah. Anda mampu melakukannya. 



#Ayat Sabotaj 5 : "Dia takpe la, dia memang kurus. Badan aku memang macam ni"

- TIADA orang yang ditakdirkan gemuk selama-lamanya. Selagi anda berusaha, pasti akan berjaya. JANGAN PUTUS ASA. Dalam Program Cabaran Kurus Online, saya sudah menjumpai testimoni peserta yang berjaya menurunkan berat badan walaupun gemuk sejak kecil. 



Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm kita pecut kurus Disember ini. Insha Allah boleh tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE

Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍

Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program

👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :




Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...