Skip to main content

5 TANDA SAKIT YANG PERLU SEGERA KURUS

 5 SAKIT : PERLU SEGERA KURUS




    Ada beberapa sakit yang menjadi signal awal anda perlu turun berat badan atau kurus dengan segera. Jom kita lihat satu persatu. 

1. Sakit Lutut

                                             

Tahukah anda bahawa obesiti boleh menjadi punca sakit lutut kerana berat badan yang berlebihan itu sudah pasti akan menyebabkan tekanan pada sendi di lutut.Hal ini akan membawa kepada kerosakan sendi lutut dan artritis pramatang jika ia dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Jika dilihat dari sudut matematik, setiap 1 kg berat badan yang berlebihan akan membawa kepada penambahan 4 kg tekanan pada sendi di lutut anda. Angka ini bermakna jika individu itu mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 100 kg maka tekanan pada sendi di lutut akan bertambah sebanyak 400 kg.

Akibatnya, ia akan jadi punca sakit lutut yang lama-kelamaan akan menyebabkan kemerosotan sendi, tulang dan otot di sekitar kawasan lutut penderita obesiti.Sebab itulah sakit lutut merupakan tanda awal anda perlu menurunkan berat badan. 

2. Sakit Tumit


Antara punca sakit tumit utama bagi seseorang individu adalah kerana mempunyai berat badan berlebihan. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (Body Mass Index, BMI) yang bersesuaian dengan diri anda,  bermakna secara tidak langsung anda memberikan bebanan berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda. Jadi, menurunkan berat badan adalah penyelesaiannya. Saya bermula dalam Program Cabaran Kurus Online semasa BMI berada pada Tahap Obese 1 😱(baca journey turun berat badan saya di sini ) Sakit tumit merupakan antara masalah yang saya hadapi pada ketika itu. Alhamdulillah, asbab berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23.65 kg kini sakit tumit tiada lagi. 

3. Sakit Kepala (migrain)



Daripada penyelidikan yang dilaporkan dalam Jurnal Neurology, pakar menyatakan bahawa obesiti boleh menjadi salah satu pencetus migrain pada seseorang. Ini sebenarnya berkaitan dengan perubahan fungsi badan apabila seseorang itu mengalami obesiti.

Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan  akan mempunyai timbunan lemak yang agak banyak. Lemak sangat diperlukan oleh badan. Tetapi ,jika terlalu banyak, ia boleh menyebabkan keradangan dalam badan.  Akibat daripada keradangan ini, pelbagai masalah kesihatan timbul dan salah satunya adalah migrain.

4. Sakit Sendi



Mengurangkan beberapa kilogram dalam berat badan anda dapat mengurangkan tekanan pada sendi dan melindungi anda daripada keradangan. Kajian menunjukkan bahawa penurunan berat badan antara 4-7 kg dalam kalangan individu yang obes boleh mengurangkan risiko osteoartritis pada kemudian hari.

Mulakan dengan senaman ringan dan belajar untuk menguruskan pengambilan kalori harian untuk mengurangkan berat badan.  Seterusnya kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan pula. Insha Allah sakit sendi juga pasti hilang.

5. Sakit Hati ( tengok orang lain lagi kurus)



Sakit yang ini biasanya terjadi jika ada di antara rakan atau kenalan rapat kita yang dahulunya sama-sama membesar bagai johan mendapat kesedaran. Yalah, dahulu saiz kita dengan rakan tu lebih kurang sama. Hobi makan pun sama. Tapi, bila jumpa semula rakan tersebut sudah bertukar saiz yang lebih kecil. Kita pula bertukar saiz yang lebih besar. Pasti sakit hati dibuatnya. Apalagi, cepat-cepatlah bertindak.


Sekarang, cuba semak satu persatu. Ada tak tanda-tanda di atas pada diri anda? Jika ada, maknanya anda perlu mula untuk turunkan berat badan demi kesihatan. Bukan setakat nak kurus cantik tetapi kurus untuk sihat. Itu yang lebih penting. 


Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm kita pecut kurus November ini. Insha Allah boleh tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :








Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko



Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...