Skip to main content

5 TIPS DIET HUJUNG MINGGU

5 TIPS WAJIB AMAL KALAU NAK KEKAL DIET KURUS KETIKA HUJUNG MINGGU😊



    Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu. Apa khabar diet kurus anda? Masih on track walaupun hujung minggu? Biasanya hari Isnin-Jumaat diet teratur dan tip top.Tapi... tiba hari Sabtu dan Ahad, diet mulalah ke laut  dalam. Aduhaiiiii🤦🏻‍♀️

    Kalau asyik macam ni je berulang kali, sampai bila-bila pun berat tak akan turun. Memang la kita ni semasa diet tak nak stress dan tak nak terlampau strict ... TAPI jangan la sampai terlalu BERALASAN sangat...huhu😥😥😥

    Isnin hingga Jumaat semangat bawa bekal yang dimasak sendiri.Tak minum air manis, banyakkan bergerak walaupun tak sempat bersenam & makan ikut portion. TERBAIK👍👍👍

    TAPI, bila tiba hujung minggu 😱😱😱Terdampar depan tv je tak nak bergerak. Makan nasi lemak sambal paru & ayam sewaktu breakfast. Lepas tu, sambil tengok tv makan potato chips & minum air gas.... dengan alasan “I DESERVE THIS SEBAB DAH DIET SUNGGUH-SUNGGUH MASA WEEKDAYS” 😩😩😩

    Sia-sia segala usaha gigih 5 hari kalau 2 hari lagi digunakan untuk "balas dendam" sampai tak ingat dunia. Dalam diet, boleh je nak buat cheat day. Tapi kena cheat day dengan ilmu. Apatah lagi kalau jauhhhh lagi nak sampai ke destinasi ideal weight. Lagi la kena cheat day berpada-pada.

    Memang diet ni tak nak stress. Tapi kalau tak fokus dan serius, jadilah diet sepanjang tahun tapi berat tak berubah. Lama-lama diri sendiri jadi fed up dan give up. Itu yang kita nak ELAKKAN 😞

    Hari ni saya nak kongsikan 5 tips supaya diet tak tersasar ketika hujung minggu. Wajib amal kalau nak kekal kurus ketika hujung minggu tau. 

1️⃣ Mulakan dengan sarapan sihat 

- Walaupun pada hujung minggu, pastikan anda mulakan dengan pengambilan sarapan pagi yang sihat. Jangan pula anda gabungkan breakfast dengan lunch = Brunch. 

2️⃣ Makan on time

- Makan on time nampak remeh tapi beri impak besar dalam proses nak turun berat badan. Pastikan makan ikut jadual walaupun sibuk dengan urusan lain pada hujung minggu. 

3️⃣ Cukupkan pengambilan air harian ( 3 liter sehari )

- Pengambilan air sangat penting. Pastikan anda mengambil air kosong secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

4️⃣ Makan cukup protein

- Pastikan juga anda mengambil protein yang mencukupi. Sumber protein juga perlu dipelbagaikan daripada pelbagai jenis makanan.

5️⃣ Sentiasa bergerak aktif.

- Hujung minggu bukannya tiket untuk duduk bersenang lenang. Ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan untuk bakar kalori hanya dari rumah. Di bawah ini saya kongsikan 8 aktiviti membakar kalori  melalui kerja rumah.



    Jadi, buat pilihan yang bijak semasa hujung minggu. Jangan sia-siakan kerja keras 5 hari dengan melantak tak ingat dunia 2 hari. KALORI tetap KALORI. LEMAK tetap LEMAK. Dua benda ni tak kira hari weekdays atau hari weekend .. kerjanya tetap sama sahaja tau...Dorang tak cuti😉😉😉. So, hati-hati ye😊💪

     Sebenarnya, hujung minggu adalah masa terbaik untuk meneruskan misi diet. Ini kerana pada hujung minggu kita ada banyak masa untuk melakukan aktiviti  yang boleh mengeluarkan peluh dan beriadah untuk bakar kalori. Ingat, sifir mudah turun berat badan 80% jaga pemakanan dan 20% lagi adalah senaman. Jadi, lakukan aktiviti fizikal walaupun pada hujung minggu. 

    Hujung minggu juga boleh digunakan untuk merancang menu makanan pada minggu berikutnya. Defisit kalori yang dilakukan sepanjang 5 hari janganlah disia-siakan dengan Tsunami kalori pada hujung minggu. Ingat, setiap 7700 lebihan kalori akan menaikkan 1 kg berat. 

Keep active walaupun pada hujung minggu💪💪💪

Selamat berhujung minggu semua😉

Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm kita pecut kurus November ini. Insha Allah boleh tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :




Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...