Ramai yang berat hati untuk memulakan diet. Kebanyakannya menyatakan bahawa mereka selesa dengan berat badan berlebihan. Namun, tahukah anda bahawa berat badan berlebihan adalah petanda anda berisiko mendapat pelbagai penyakit?
Ayuh kita semak bersama. Jika anda mula mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan ini, bermakna anda perlu mula mengurangkan berat badan. Fikir-fikirkan....
1. Payah Nak Bersenam
Kebanyakan orang yang obese sangat payah untuk melakukan senaman. Suka atau tidak, aktiviti fizikal adalah salah satu elemen yang perlu anda lakukan untuk memastikan gaya hidup sihat. Mulakan dahulu dengan senaman yang mudah dan ringkas. Perlu diingat bahawa senaman hanya menyumbang 20 % dalam penurunan berat badan. Selebihnya adalah jaga pemakanan harian. Jangan tersilap fokus tau.
2. Kuat Berdengkur
3. Cepat Penat
Lemak berlebihan dalam badan boleh membawa kepada kelesuan. Jika BMI meningkat anda akan mudah penat walaupun hanya melakukan rutin harian.
4. Makan Banyak Tapi Tetap Rasa Lapar!
Dah makan tapi masih lapar? Ini adalah salah satu tanda anda makan makanan yang tidak berkhasiat, kekurangan serat, protein dan sebagainya. Boleh jadi ia juga adalah tanda kepada rintangan insulin atau diabetes tahap 2. Tanda-tanda lain adalah seperti penglihatan kabur, kejang pada tangan atau kaki dan haus melampau.
5. Lilitan Pinggang Melebihi Tahap Maksimum
Sains menyatakan bahawa lemak pada perut yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes tahap 2, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Awasi lilitan pinggang anda!
Ukuran Lilit Pinggang Maksimum:
- bagi lelaki adalah 90cm (35.4 inci)
- bagi wanita adalah 80 cm (31.5 inci)
Boleh gunakan analisis ukuran lilit pinggang ini untuk mengetahui sama ada anda berisiko mendapat penyakit atau tidak.
6. Sakit Lutut, Pinggul & Belakang
Berat berlebihan boleh memberikan tekanan berlebihan pada sendi. Keadaan ini akan membuatkan tisu di sekeliling sendi haus dan menjadikan anda sukar untuk bergerak.
Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm tukar saiz sebelum raya 2023. Projek Kurus Sebelum Raya...yeayyyy
𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆! PROJEK KURUS SEBELUM RAYA
✅Meal Plan Kurus Harian
✅Tips & Ilmu Kurus Dari Rumah
✅Idea Senaman Dari Rumah
✅Simple + Fun + Easy Coaching
✅Group Support & Personal Guide
✅100 % Komitmen dari Coach + Peserta
✅COACH PERIBADI
𝐌𝐞𝐚𝐥 𝐏𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐚𝐦𝐢:
🍚Boleh MAKAN NASI hari-hari
🍛Resepi & Idea Masakan Selera Kita
🥘Meal Plan yang Mudah & TAK COMPLICATED
🥗Kita fokus pada keseimbangan & Gaya Hidup Sihat
🍛Flexible Meal Plan & Boleh Je Makan Luar untuk Kurus
🥙Tak Perlu Eat Clean, Just Fokus MAKAN SIHAT
Antara testimoni peserta :
Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!
Terbaik coach!
ReplyDeleteThank you :)
Delete