Skip to main content

SENAMAN MUDAH : BERJALAN PANTAS

BRISK WALKING : MUDAH DAN BERMANFAAT 



    Senaman seringkali dianggap sukar dilakukan terutamanya bagi mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri adalah melakukan senaman yang bersesuaian dengan kemampuan diri.
    "Saya tiada masa untuk bersenam sebab sibuk bekerja." Itu antara alasan biasa yang diberikan kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai aktiviti senaman. Jika malas sangat  hendak bersenam, apa kata mulakan dengan aktiviti berjalan kaki dengan pantas atau brisk walking? Ia bukan sahaja mudah tetapi mendatangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain, brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos. Hanya dengan memakai kasut dan pakaian sukan, aktiviti ini boleh dilakukan sama ada di dalam atau luar rumah. Namun, jangan pandang rendah aktiviti senaman berjalan pantas.
    Berjalan pantas merupakan  satu daripada senaman kardio yang paling mudah dan berkesan. Ia juga termasuk sebagai aktviti aerobik intensiti sederhana. Peraturan berjalan pantas adalah pergerakan pada kelajuan maksimum 4.5 meter per jam (mph). Setiap individu disarankan melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.  Individu yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu, kebiasaannya akan mengalami beberapa perubahan positif dalam masa yang singkat. Antara faedah senaman berjalan pantas ialah :



1. Mengurangkan Berat Badan
Berjalan kaki untuk menurunkan berat badan bukan bermaksud anda berjalan-jalan seperti window shopping di pusat membeli-belah.Sesuai untuk beginner, berjalan kaki untuk menurunkan berat badan boleh dilakukan dengan berjalan pantas. Semasa anda berjalan dengan pantas,anda boleh menggerakkan anggota badan yang lain seperti lengan untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori. Lakukan aktiviti ini setiap hari. Tetapkan target untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 15 ribu langkah seminggu. Anda akan dapat lihat kesannya selepas itu.


2. Menguatkan Tulang dan Otot
Berjalan kaki dapat membantu melindungi sendi, termasuk lutut dan    pinggul. Berjalan kaki  membantu melincirkan dan menguatkan otot yang menyokong sendi. Berjalan kaki juga dapat memberi manfaat bagi orang yang menghidap artritis, seperti mengurangkan kesakitan. Berjalan kaki sejauh 5 hingga 6 batu seminggu juga dapat membantu mencegah radang sendi. Aktiviti itu juga boleh melatih kita menahan beban tubuh sendiri dan kerana itu juga ia sekaligus memperkuatkan tulang dan mencegah Osteoporosis.  


3. Mengurangkan Risiko Penyakit Diabetes
Jika anda penghidap penyakit diabetes, selain menjaga pemakanan anda juga  perlu melakukan senaman bagi mendapatkan gaya hidup yang sihat.Sekiranya  anda malas untuk melakukan senaman berat atau cardio, anda boleh melakukan  senaman berjalan kaki. Menurut kajian, individu yang mempunyai tanda-tanda menghidap penyakit diabetes boleh mengurangkan risiko dengan berjalan dengan cepat sejauh 23 kilometer seminggu bagi tempoh 6 bulan.


4. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Berjalan pantas selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit dan serangan jantung sehingga 19 peratus. Perjalanan lebih lama dan lebih jauh adalah lebih baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.


5. Meningkatkan Paras Hormon Endorfin
Berjalan pantas merupakan aktiviti yang boleh meningkatkan paras hormon endorfin. Hormon tersebut berperanan penting dalam menghilangkan tekanan dan rasa khuatir dalam diri sehingga dapat melepaskan rasa stress. Melakukan aktiviti berjalan pantas secara rutin pastinya akan meningkatkan kesihatan fizikal mahupun mental.Berjalan kaki dengan pantas dapat membantu mengurangkan kegelisahan, kemurungan dan mood negatif.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.
𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:







FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...