Skip to main content

5 TIPS TURUN BERAT PADA BULAN RAMADAN

TURUN BERAT SEMASA BERPUASA



Analogi pemikiran kita lazimnya  mengandaikan bahawa bulan puasa adalah masa terbaik untuk menurunkan berat badan. Ramai yang menganggap setelah lebih 12 jam berpuasa dengan tidak menjamah walaupun setitis air akan memberi jaminan  proses diet sedang berlaku sekaligus memudahkan proses  untuk kurus.
    Selepas berjam-jam lamanya menahan lapar dan dahaga, kuantiti minuman dan makanan pula didakwa boleh diambil secara berlebihan demi mengimbangi tenaga yang telah hilang. Sejauh mana kebenarannya?
    Tahukah anda bahawa  semua teori dan praktik itu salah sama sekali. Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk mengurangkan berat badan selain mengamalkan diet seimbang dan mengawal pemakanan.

2 asas paling penting dalam menurunkan berat badan semasa berpuasa ialah:
i. Berpuasa sahaja tidak akan menyebabkan berat badan anda turun. Mengawal pemakanan semasa sepanjang sahur dan berbuka adalah perkara yang paling penting.
ii. Jangan berbuka dengan perasaan balas dendam walaupun dengan alasan tidak makan seharian.Kawal nafsu dan keinginan anda. Inilah faktor terbesar kejayaan mengawal pemakanan.


Jom kita bincangkan 5 tips turun berat pada bulan Ramadan:
#1. Turun Berat Bulan Ramadan : Jangan Skip Sahur



Jangan sesekali skip sahur. Pilih makanan yang rendah GI, rendah kalori dan tinggi protein ketika bersahur. Di samping itu bersahur juga adalah amalan sunnah yang amat dituntut. Bersahur juga membantu mengawal tahap gula dalam darah, memberi tenaga semasa kita berpuasa serta menjadikan sistem pencernaan  berfungsi dengan lebih cekap dan baik.


#2. 
Turun Berat Bulan Ramadan : Tukar Cara Masakan

Tumpukan masakan secara sihat seperti kukus, panggang dan rebus. Kurangkan juga kaedah masakan secara deep fry. Cukuplah sekadar grill sahaja.


#3. 
Turun Berat Bulan Ramadan : Jangan Tidur Selepas Makan

Jangan terus tidur selepas berbuka puasa. Maklumlah dah kekenyangan sampai tersandar. Takut terbabas dan tertidur pula. Pastikan anda jarakkan waktu makan dengan waktu tidur sekurang-kurangnya 2 jam.

Hakikatnya,  ketika kenyang kita akan semakin malas beraktiviti, termasuk beribadah. Ketika kenyang kita lebih senang  merebahkan badan untuk tidur daripada bergerak aktif. Imam Syafi’e adalah di antara ulama yang memberi contoh pada kita agar bersikap sederhana dalam makan.

Justeru, rebutlah peluang untuk memperbanyakkan beribadah pada bulan ramadan ye.Jangan makan ikut hawa nafsu semata-mata. Barulah Ramadan kita jadi lebih produktif dan bermakna.

#4. Turun Berat Bulan Ramadan : Gantikan Kuih Manis  Dengan Snek Berkhasiat

Gantikan pengambilan kuih manis atau snek yang tidak sihat dengan snek yang lebih berkhasiat seperti kekacang atau buah-buahan.


#5. Turun Berat Bulan 
Ramadan : Kekal Aktif

Puasa bukan alasan untuk berasa lemau. Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki atau membuat kerja rumah bersama ahli keluarga yang lain. Pada bulan Ramadan tahun lepas, saya mengikuti workout secara online bersama HerbaChampion Team dalam "Stay Fit in Ramadan with Samantha Clayton". Bulan Ramadan pun boleh enjoy melakukan senaman sebelum masuk waktu berbuka tau.😊

Bersama HerbaChampion Team Family

Anda ada IMPIAN menukar saiz baju pada Hari Raya 2023 nanti ? Ayuh sertai saya dalam program Cabaran Kurus Online : Projek Kurus Sebelum Raya.

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni Raya Transformation peserta coaching kami tahun lepas:


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...