Skip to main content

AWAS 6 TANDA BERAT BERLEBIHAN

    


Ramai  yang berat hati untuk memulakan diet. Kebanyakannya menyatakan bahawa mereka selesa dengan berat badan berlebihan. Namun, tahukah anda bahawa berat badan berlebihan adalah petanda anda berisiko mendapat pelbagai penyakit?

Ayuh kita semak bersama. Jika anda mula mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan ini, bermakna anda perlu mula mengurangkan berat badan. Fikir-fikirkan....

1. Payah Nak Bersenam


Kebanyakan orang yang obese sangat payah untuk melakukan senaman. Suka atau tidak, aktiviti fizikal adalah salah satu elemen yang perlu anda lakukan untuk memastikan gaya hidup sihat. Mulakan dahulu dengan senaman yang mudah dan ringkas. Perlu diingat bahawa senaman hanya menyumbang 20 % dalam penurunan berat badan. Selebihnya adalah jaga pemakanan  harian. Jangan tersilap fokus tau.


2. Kuat Berdengkur


Tidur berdengkur? Bunyi dengkuran yang kuat boleh mengganggu orang sekeliling. Sekiranya anda berdengkur dengan teruk bermakna anda tidak mendapat tidur yang berkualiti setiap malam. Anda juga berisiko menderita masalah apnea tidur. Apnea tidur adalah keadaan pernafasan tidak tetap yang mengganggu tidur akibat berat badan berlebihan. Ini kerana apabila tubuh menyimpan lemak pada bahagian leher, ia boleh menyempitkan laluan udara sekaligus menyebabkan penyempitan dalam pernafasan. 


3. Cepat Penat


Lemak berlebihan dalam badan boleh membawa kepada kelesuan. Jika BMI meningkat anda akan mudah penat walaupun hanya melakukan rutin harian.


4. Makan Banyak Tapi Tetap Rasa Lapar!



Dah makan tapi masih lapar? Ini adalah salah satu tanda anda makan makanan yang tidak berkhasiat, kekurangan serat, protein dan sebagainya. Boleh jadi ia juga adalah tanda kepada rintangan insulin atau diabetes tahap 2. Tanda-tanda lain adalah seperti penglihatan kabur, kejang pada tangan atau kaki dan haus melampau. 



5. Lilitan Pinggang Melebihi Tahap Maksimum



Sains menyatakan bahawa lemak pada perut yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes tahap 2, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Awasi lilitan pinggang anda!

Ukuran Lilit Pinggang Maksimum:
- bagi lelaki adalah 90cm (35.4 inci)

- bagi wanita adalah 80 cm (31.5 inci)

Boleh gunakan analisis ukuran lilit pinggang ini untuk mengetahui sama ada anda berisiko mendapat penyakit atau tidak.


6. Sakit Lutut, Pinggul & Belakang


Berat berlebihan boleh memberikan tekanan berlebihan pada sendi. Keadaan ini akan membuatkan tisu di sekeliling sendi haus dan menjadikan anda sukar untuk bergerak.


Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm tukar saiz sebelum raya 2023. Projek Kurus Sebelum Raya...yeayyyy


𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆! 
 PROJEK KURUS SEBELUM RAYA

✅Meal Plan Kurus Harian

✅Tips & Ilmu Kurus Dari Rumah

✅Idea Senaman Dari Rumah

✅Simple + Fun + Easy Coaching

✅Group Support & Personal Guide

✅100 % Komitmen dari Coach + Peserta

✅COACH PERIBADI


𝐌𝐞𝐚𝐥 𝐏𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐚𝐦𝐢:

🍚Boleh MAKAN NASI hari-hari

🍛Resepi & Idea Masakan Selera Kita

🥘Meal Plan yang Mudah & TAK COMPLICATED

🥗Kita  fokus pada keseimbangan & Gaya Hidup Sihat

🍛Flexible Meal Plan & Boleh Je Makan Luar untuk Kurus

🥙Tak Perlu Eat Clean, Just Fokus MAKAN SIHAT


Antara testimoni peserta :



Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...