Skip to main content

JANGAN BENCI LEMAK

MERUNGKAI MISTERI DI SEBALIK LEMAK


Apa itu lemak ?

Apabila disebut perkataan "lemak" terbayang di fikiran kita makanan tinggi lemak yang akan menyebabkan kegemukan. Stigma ini menjadi kepercayaan yang kita pegang sehinggakan  cenderung memilih makanan yang dinyatakan rendah lemak atau low fat. Kononnya makanan tersebut lebih sihat berbanding makanan yang tinggi kandungan bahan ini. Namun sejauh mana kebenarannya?

Seterusnya, kita akan bincangkan pula apa itu lemak dalam tubuh. Sepertimana stigma terhadap makanan berlemak, lemak dalam tubuh juga seringkali dianggap musuh. Padahal, lemak juga sangat diperlukan terutamanya untuk melindungi organ dalam badan. Lemak masih diperlukan dalam badan pada kadar yang tertentu. Ini kerana apabila lemak dalam badan terlalu tinggi kita akan berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit.


Makanan berlemak punca kegemukan?

Saban hari terdapat beberapa bahagian berlemak berlipat-lipat pada badan.😆😆😆 Perkara ini pasti menggusarkan, bukan? Mulalah kita menyalahkan makanan berlemak sebagai punca kepada masalah ini. Namun,kita tidak sedar ada dalang yang sebenar di sebalik kejadian ini. Mari kita rungkaikan. Siapakah musuh dalam selimut itu??? Jawapannya ialah GULA ataupun sumbernya karbohidrat yang diproses dan bukannya lemak.

Makanan berlemak dan mengandungi gula jarang dimakan secara berasingan. Ini menyukarkan untuk menentukan yang mana satu yang lebih menggemukkan. Contoh paling senang ialah donat. Adunan donat yang terdiri daripada karbohidrat digoreng dalam minyak, hasilnya adalah gabungan gula dan lemak yang menyelerakan.😋😋😋

Hasil kajian yang dijalankan mendapati apabila dimakan berasingan, makanan berlemak tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Sebaliknya, gula iaitu komponen karbohidrat yang paling tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

Perbandingan yang paling ketara di antara orang yang mengamalkan diet berlemak dan orang yang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Individu yang mengamalkan diet tanpa lemak bukan sahaja tidak menurunkan berat badan bahkan mereka juga tidak mendapat manfaat kesihatan lain seperti mengurangkan risiko penyakit tertentu. Berbeza pula dengan mereka yang mengambil makanan berlemak tetapi tidak mengambil karbohidrat diproses. Mereka mendapat kedua-dua manfaat ini.


Fungsi lemak

Terdapat beberapa fungsi lemak dalam badan. Antaranya :

a) Sebagai simpanan tenaga dalam bentuk sel lemak.

b) Melindungi organ penting badan.

c) Melindungi badan daripada perubahan suhu persekitaran.

d) Sebagai salah satu bahan asas untuk penghasilan hormon, vitamin, membran sel dan membran organ sel.

e) Vitamin pelarut A,D,E dan K.

f) Mengoptimumkan fungsi penghadaman.


𝗔pa 𝗜tu 𝗩isceral 𝗙at ???




Visceral fat adalah lemak yang mendap dicelah-celah organ dan dalam saluran darah. Lemak Visceral juga adalah lemak yang mengelilingi organ internal tubuh kita. Ia lebih bahaya berbanding dengan lemak yang terkumpul di bawah kulit. Semakin tinggi kandungan lemak visceral dalam badan boleh meninggikan risiko kepada penyakit jantung dan strok.

Seseorang yang kita nampak kurus namun tidak mustahil juga memiliki lemak visceral di sekitar organ. Stress juga menjadi faktor pembentukan lemak visceral di dalam tubuh. Menghilangkan lemak visceral agak sukar daripada lemak body fat disebabkan visceral lebih kuat tertanam atau menempel di dalam tubuh dan organ manusia. Ia sukar dihilangkan dengan senaman tetapi secara perlahan-lahan akan berkurangan apabila kita mengubah tabiat pemakanan dengan makan makanan seimbang serta mengamalkan gaya hidup aktif.




Usaha untuk membuang bahagian berlemak di perut bukanlah satu perkara mudah. Adakalanya, walaupun bahagian berlemak pada badan lain sudah berjaya dikurangkan, namun pinggang dan perut masih lagi buncit dan boroi.😒😒😒


Jom, saya kongsikan 9 kunci pantas untuk menurunkan lemak dalam badan. Mari kita semak dan amalkan bersama-sama.



1) Sarapan protien sihat

- Terdapat 3 ciri sarapan yang terbaik iaitu ada sumber karbohidrat, protein dan lemak baik. Dalam Progam Cabaran Kurus Online, kita amat bertuah kerana kesemua ciri-ciri ini terdapat di dalam Formula 1 Shake Herbalife. Apa yang paling penting ialah nutrisinya sangat tinggi tetapi kandungan kalorinya pula rendah.
Pengambilan protein akan menentukan sama ada kita akan kehilangan berat badan atau otot tanpa lemak.  Jadi, pastikan kita mencukupkan jumlah protein yang diambil dalam diet harian.


2) Elakkan minuman bergula

- Semua makanan daripada karbohidrat mengandungi gula. Oleh itu, kita tidak memerlukan gula tambahan dalam diet harian kita. Gula berlebihan adalah sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Gula dalam darah dikawal oleh hati pada had tertentu. Apabila melebihi had kapasiti tersebut, ia akan ditukarkan menjadi lemak yang akan terkumpul di seluruh badan termasuk perut. Mengelakkan gula sepenuhnya dalam hidup mungkin agak sukar bagi sesetengah orang. Namun, anda pasti boleh melakukannya. Anda boleh mengelakkan pengambilan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat yang tiada khasiat melainkan gula dan kalori semata-mata.
-Gula juga boleh menghentikan badan daripada berasa kenyang dengan menghalang fungsi hormon Leptin daripada berfungsi. Leptin bertanggungjawab untuk memberikan isyarat kepada otak bahawa anda telah kenyang. Makanan tinggi kandungan gula atau kanji adalah penuh dengan kalori kosong dan membuatkan anda makan berlebihan.

3) Minum air kosong sebelum makan

- Tahukah anda, minum air 30 minit sebelum makan sangat bagus dan digalakkan. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Jadi, perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.


4) Minum air mencukupi setiap hari


- Setiap hari, secara puratanya badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air. Ia perlu digantikan semula bagi mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat.



5) Makan 5-6 kali sehari

Makan 5-6 kali sehari bukanlah bermaksud anda makan besar setiap kali hidangan. Corak pemakanan ini adalah dimulakan dengan pengambilan sarapan yang sihat diikuti snek pagi, makan tengah hari, snek petang dan makan malam sihat. Pengambilan snek sihat adalah cara yang berkesan bagi memastikan metabolisme anda berada pada tahap yang baik seterusnya mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Antara kepentingan makan kerap dalam portion yang betul adalah dapat mengurangkan rasa lapar, mengurangkan keinginan makan atau craving, mengawal paras gula dalam darah dan pengeluaran insulin, mengurangkan simpanan lemak badan serta mengekalkan dan meningkatkan jisim otot.


6) Kunyah makanan dengan perlahan

20 minit diperlukan untuk menghantar isyarat kenyang ke otak. Jadi, sekiranya anda makan dengan cepat, anda berpotensi untuk makan dalam jumlah yang besar. Jadi, cara terbaik adalah dengan makan mengikut portion dan kunyah makanan perlahan-lahan.


7) Berus gigi 2-3 kali sehari

Berus gigi 2 ke 3 kali???? Nampak remeh tapi percayalah. Cara ini amat berkesan jika anda amalkan. Kenapa? Ini kerana apabila kita berus gigi setiap kali selepas makan atau sebelum solat, percayalah anda akan rasa sayang untuk makan benda-benda lain semasa gigi sudah dalam keadaan bersih. Secara tidak langsung, anda tidak akan ambil makanan yang merapu dan tiada khasiat untuk kesihatan.


8) Gunakan pinggan bersaiz kecil

Apabila menggunakan pinggan bersaiz kecil, kita boleh mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang banyak. Ini kerana pinggankita sudah nampak penuh. Senang sahaja bukan nak set ilusi dalam fikiran kita 😉😉😉 Apa yang penting pastikan pinggan kita lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat. Boleh amalkan konsep suku-suku separuh.




9) Rancang menu harian anda

Merancang menu harian amat penting supaya kita makan mengikut menu yang disarankan dalam Meal Plan yang diterima. Ini akan memastikan kita tidak tersasar daripada landasan dan mengambil menu sihat yang patuh meal plan sepanjang hari.




Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Ia terdiri daripada makanan yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat, Piramid Makanan Malaysia boleh dijadikan panduan, terutama dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang sepatutnya dihidangkan.





SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat



Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:












Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko




Comments

Popular posts from this blog

SARAPAN DAHULU VS KINI

 SARAPAN NASI LEMAK VS SHAKE HERBALIFE Sarapan Dahulu: Nasi Lemak Tinggi Kalori: Nasi lemak kaya dengan kalori yang tinggi, sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan santan dalam nasi. Secara umumnya, satu pinggan nasi lemak yang lengkap mengandungi 650 kalori. Tinggi Indeks Glisemik (GI): Cepat meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh membawa kepada kenaikan berat badan jika tidak dibakar. Rendah Nutrisi: Walaupun sedap, nasi lemak kurang memberikan nutrien penting seperti vitamin dan mineral. Kenyang Sekejap: Rasa kenyang setelah makan nasi lemak tidak berpanjangan, menyebabkan keinginan untuk makan lebih awal. Menyebabkan Mengantuk: Makanan berat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. Kesan: Membawa kepada peningkatan berat badan dan kesulitan untuk menurunkan berat badan. Sarapan Kini: Shake Herbalife Rendah Kalori: Shake Herbalife dirumus dengan jumlah kalori rendah. Satu gelas shake Herbalife hanya mengandungi 100 kalori sahaja. Tinggi Nutrisi: Menga...

HERBALIFE : SARAPAN SIHAT DAN MUDAH DI MANA SAHAJA

HERBALIFE : SARAPAN SIHAT PILIHAN SAYA Sarapan adalah benda wajib kita ambil jika nak sihat apalagi kalau mahu kurus. Tetapi ,sarapan dengan makanan apa itu paling penting. Sarapan sihat itu seharusnya ada ciri-ciri berikut: a) Bertenaga b) Cukup air c) Kadar gulanya rendah d) Nutrisinya  baik untuk sel badan Semua ciri-ciri ini ada pada Herbalife Nutrition. Apa pula kebaikan Sarapan dengan Herbalife Nutrition? 1) Cepat & mudah disediakan  2) Rendah kalori tapi tinggi dengan nutrisi 3) Nutrien yang lengkap 4) Mengandungi protein, serat & karbohidrat 5) Banyak pilihan perisa sedap ( ada 6 pilihan perisa di Malaysia )   Jom, saya kongsikan video dan koleksi gambar sarapan sihat saya di beberapa tempat berbeza seperti gunung, bukit, dalam sungai, tepi sungai dan dalam kereta. Bayangkan jika saya mengambil sarapan yang lain, pastinya ia tidak semudah itu. Contohnya, makan nasi lemak di dalam kereta sambil memandu ke tempat kerja. Pasti sukar bukan ? Koleksi gambar b...

Tea Mix Herbalife : Teh Pilihan Terbaik

 9 Sebab Tea Mix Herbalife Pilihan Cemerlang Anda Tea Mix Herbalife adalah pilihan minuman yang hebat dengan pelbagai manfaat kesihatan dan kepuasan serentak. Ingin tahu lebih lanjut tentang Tea Mix Herbalife, boleh klik di sini . Berikut adalah 9 sebab mengapa Tea Mix Herbalife merupakan pilihan minuman yang cemerlang: #1. Rendah Kalori : Setiap hidangan Tea Mix Herbalife hanya mengandungi 6 kalori sahaja. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang mengawal pengambilan kalori. #2. Meningkatkan Kepekaan (support your alertness) : Kafein yang terkandung secara semula jadi dalam Tea Mix Herbalife dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan. #3 . Memperbaiki Mood : Tea Mix Herbalife boleh dijadikan sajian yang menggembirakan dan menyegarkan. Ia sangat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. #4 . Mengandungi Kafein Semula Jadi : Kafein semula jadi dalam Tea Mix Herbalife membantu memberikan dorongan tenaga sementara serta memberikan anda kekuatan yang diperlukan....