Skip to main content

SARAPAN SIHAT : APA KUNCINYA ?

 

Kenali 7 Kunci Sarapan yang Sihat


Pemilihan sarapan yang sihat boleh membantu meningkatkan tenaga, mengekang rasa lapar dan mempengaruhi perasaan serta prestasi anda sepanjang hari. Tabiat sarapan  yang sihat turut  menentukan corak pemakanan anda  sepanjang hari. Di samping itu sarapan yang sihat juga  membantu menggiatkan aktiviti harian anda.

7 Kunci Sarapan yang Sihat :

1. PROTEIN

Protein ialah makronutrien penting yang membantu dalam pengeluaran hormon dan enzim bagi membina dan mengekalkan tisu otot. Mengambil protein secara berkala sepanjang hari adalah amat penting bagi memastikan pembaikan dan pertumbuhan otot yang optimum. Sebab itulah pentingnya hidangan sarapan yang mengandungi protein. Protein juga lebih berkesan untuk memuaskan rasa lapar. Menurut satu kajian,  responden yang makan sarapan tinggi protein mengambil kalori yang lebih sedikit pada waktu petang.

2. KARBOHIDRAT

Tahukah anda bahawa simpanan karbohidrat adalah rendah pada waktu pagi. Ini kerana tubuh anda telah menggunakannya semalaman. Tenaga tersimpan ini digunakan untuk menggiatkan fungsi asas tubuh untuk membantu tubuh memperbaiki diri semasa anda tidur. Apabila memulakan aktiviti pada keesokan harinya, otot  memerlukan karbohidrat untuk tenaga. Otak pula memerlukan bekalan yang stabil. Memandangkan karbohidrat adalah sumber tenaga pilihan tubuh, ia sangat penting untuk memastikan bekalan adalah mencukupi.

3. LEMAK

Tubuh kita juga memerlukan sejumlah kecil lemak bermanfaat. Sarapan tipikal rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak dan karipap memberi lebih jumlah lemak dan lemak pekat daripada diperlukan. Ia bukan lemak sihat  seperti yang diperoleh daripada ikan, kekacang, minyak zaitun dan avokado. Lemak ialah sumber kalori pekat. Justeru, kita disyorkan agar  mengehadkan pengambilan lemak  kepada 30% atau kurang daripada pengambilan kalori harian anda.

 4. VITAMIN DAN MINERAL

Vitamin dan mineral terlibat dalam pelbagai tindak balas kimia di dalam tubuh anda setiap hari.  Terdapat banyak contoh mineral  seperti kalsium dan magnesium – memainkan peranan struktur dalam tubuh. Sarapan yang seimbang akan membantu membekalkan vitamin dan mineral, dan mengambil pelbagai suplemen vitamin dan mineral selepas makan boleh membantu anda mendapatkan jumlah yang diperlukan.

5. FITONUTRIEN

Makanan tumbuhan menghasilkan serangkaian besar sebatian asli yang dikenali sebagai fitonutrien. Ia mengandungi beberapa manfaat. Antaranya adalah mencegah penyakit, meningkatkan keimunan tubuh, dan membaiki kerosakan DNA. Pigmen pula memberi keindahan warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itulah pentingnya untuk menjamu hidangan yang penuh dengan tumbuhan berwarna-warni. 

6. SERAT

Serat menyokong proses pencernaan, membantu anda kenyang lebih lama, dan menggalakkan pertumbuhan bakteria  dalam saluran pencernaan. Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kacang-kacangan adalah sumber serat makanan terbaik. Kita disyorkan agar anda mengisi separuh pinggan  dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

7. AIR

Tubuh manusia terdiri daripada 70% kandungan air. Oleh itu, kita perlu tetap terhidrat untuk kekal sihat. Tubuh  memerlukan air untuk mengangkut nutrien ke sel-sel serta untuk menyingkirkan hasil buangan. Selain itu, air juga membantu mengawal suhu badan dan melincirkan sendi, organ dan tisu. Jadi, mulakan hari anda dengan segelas air serta jadikan sebagai tabiat baik yang berkekalan sepanjang hidup anda.

 


 




Cuba perhatikan gambar di atas. F1 Herbalife Nutrition mengandungi sumber nutrisi yang diperlukan.Jadi, apakah sarapan pilihan anda? Pilihan saya adalah sarapan Herbalife Nutrition dengan 3 langkah mudah. 


*Produk tidak bertujuan mencegah,merawat,mendiagnos atau mengubati  sebarang penyakit.

Saya mulakan sarapan dengan :

Langkah 1 : Aloe Vera + Collagen ( Beauty Drink )

Langkah 2 : Teamix Perisa Peach

Langkah 3 : Premium Shake Herbalife Nutrition

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...