Skip to main content

GULA? TAK APA, TANPA GULA SAYA DAH CUKUP MANIS.

HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA



Apakah gula?

Apabila disebut perkataan GULA apakah yang tergambar dalam fikiran kita? Sudah pasti kita terbayangkan gula pasir bukan? Faktanya, gula bukanlah sekadar gula pasir sahaja. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadinya, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa. Manakala, gula pada susu pula dalam bentuk laktosa.
    Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Sebenarnya, pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian.Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) menyarankan pengambilan gula sehari adalah 25 gram sahaja.Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan WHO dan Panduan Diet Malaysia.
    Pengambilan gula yang berlebihan sangat berbahaya untuk kesihatan. Antara risiko yang dihadapi adalah peningkatan berat badan, meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan penyakit kronik lain termasuklah penyakit jantung dan barah. Ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan gigi.  
    Tahukah anda bahawa gula mempunyai 60 nama lain. Banyaknya😱😱😱....Oleh itu, kita disarankan untuk membaca label pada makanan yang diambil. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.


7 Tanda Ketagihan Gula

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan anda sedang ketagihan gula tanpa sedar. Mari kita semak satu persatu.

1) Mula rasa lesu, loya, penat dan pening sekiranya tidak dapat makan makanan manis.
2) Cari makanan manis seperti coklat ketika stress.
3) Sanggup mencari makanan manis walaupun pada tengah malam. 
4) Makan dan minum makanan manis secara sembunyi-sembunyi.
5) Mula gian untuk makan makanan manis.
6) Sentiasa ada "ruang'' untuk dessert walaupun sudah kenyang.
7) Apabila sudah dapat makanan manis, mula mengidam makanan yang lebih manis.


Kesan Ambil Gula Berlebihan

Banyak kesan buruk akibat pengambilan gula yang berlebihan . Antaranya :

1) Penyumbang utama kenaikan berat badan. Apabila berat badan berlebihan, risiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit juga akan meningkat.
2) Melemahkan sistem imunisasi badan. Orang yang mengambil terlalu banyak gula akan menyebabkan vitamin B terurai. Akhirnya, Vitamin B akan hilang daripada badan.
3) Pengambilan gula berlebihan juga akan meningkatkan paras gula dalam darah.
4) Cepat nampak tua daripada usia sebenar juga adalah akibat pengambilan gula berlebihan. Ini kerana gula telah memusnahkan ikatan kolagen dalam badan.


Cara Mudah Kurangkan Pengambilan Gula Harian

Bagi mengatasi pengambilan gula harian yang berlebihan, ada beberapa cara mudah yang boleh dipraktikkan. 

1)Minum air kosong bagi menggantikan air manis.
2) Tukarkan dessert manis kepada buah-buahan.
3) Elakkan menambah gula dalam masakan.
4) Baca label pada makanan.
5) Kawal pengambilan karbohidrat harian.
6) Tingkatkan pengambilan serat. Saranan pengambilan serat bagi oang dewasa adalah 25-30 gram sehari. 
7) Ambil makanan yang rendah GI ( Glisemik Indeks )


Cara baca label pada makanan.


Contoh makanan mengikut kategori Glisemik Indeks.

Mari kita tanamkan azam untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Kurangkan manis dalam diet harian, tambahkan manis dalam senyuman. 

"HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA"

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat



Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:







Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...