MERUNGKAI MISTERI DI SEBALIK LEMAK Apa itu lemak ? Apabila disebut perkataan "lemak" terbayang di fikiran kita makanan tinggi lemak yang akan menyebabkan kegemukan. Stigma ini menjadi kepercayaan yang kita pegang sehinggakan cenderung memilih makanan yang dinyatakan rendah lemak atau low fat. Kononnya makanan tersebut lebih sihat berbanding makanan yang tinggi kandungan bahan ini. Namun sejauh mana kebenarannya? Seterusnya, kita akan bincangkan pula apa itu lemak dalam tubuh. Sepertimana stigma terhadap makanan berlemak, lemak dalam tubuh juga seringkali dianggap musuh. Padahal, lemak juga sangat diperlukan terutamanya untuk melindungi organ dalam badan. Lemak masih diperlukan dalam badan pada kadar yang tertentu. Ini kerana apabila lemak dalam badan terlalu tinggi kita akan berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit. Makanan berlemak punca kegemukan? Saban hari terdapat beberapa bahagian berlemak berlipat-lipat pada badan.😆😆😆 Perkara ini pasti menggusarkan, bukan? Mulal...