Skip to main content

KURUS : MITOS vs FAKTA

10 MITOS vs FAKTA SUSAH KURUS


Adakah anda mempercayai mitos? Apa itu mitos? Mitos ialah sesuatu perkara yang tidak benar atau direka-reka. Ada banyak mitos yang dianggap sebagai fakta dalam masyarakat kita. Jadi, apabila ia dipercayai sebagai fakta, kepercayaan ini diperturunkan pula dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Secara tidak langsung, keseluruhan keturunan dalam masyarakat mengamalkan perkara yang tidak betul. Malah, ia boleh membawa padah untuk generasi yang seterusnya jika tidak diperbetulkan.Hari ini saya akan kongsikan 10 mitos kurus yang popular di kalangan rakyat Malaysia.😄

    Turun berat badan sangat berkait rapat dengan gaya pemakanan dan kesihatan. Apabila masyarakat mempercayai perkara yang tidak betul iaitu mitos berkaitan kesihatan dan penurunan berat badan, ia boleh memberi impak buruk. Mari kita bongkarkan mitos ini satu persatu. Perlu diingat, MITOS adalah TIDAK BENAR!!!!

1. MITOS : Susah nak turun berat badan sebab keturunan semua gemuk

FAKTA : Keturunan ataupun genetik hanya memainkan peranan 20%, manakala 80% adalah bergantung kepada gaya hidup dan eating habit yang anda amalkan. Sekiranya ibu bapa anda mempunyai lebihan berat badan atau obese, anda mempunyai gaya hidup dan cara pemakanan yang sama dengan mereka. Maka, anda berpotensi mengalami lebihan berat badan seterusnya menjadi obese. Jika anda mengubah gaya pemakanan dan menjalani kehidupan aktif dan sihat, anda akan BERBEZA daripada mereka! Analogi ringkasnya ialah, tiada seorang bayi pun yang dilahirkan dengan berat 20 kg. Kebiasaannya, bayi yang baru lahir beratnya hanyalah sekitar 2-5 kg sahaja. Jadi, cara anak-anak ini dibesarkan yang menentukan masa depan mereka.

Banyak kajian yang cuba mengaitkan genetik dan obesiti.Hampir kesemua kajian menunjukkan bahawa faktor genetik hanyalah penyumbang yang terlalu rendah. Genetik juga bukan penyebab seseorang itu susah untuk kurus. Semuanya ditentukan oleh gaya hidup.


2. MITOS: Susah nak turun berat badan sebab saya berangka (bertulang) besar

FAKTA: Rangka manusia mempunyai had pembesaran. Rangka juga tidak boleh membesar lagi selepas mencapai tahap tertentu. Apa yang boleh membesar hanyalah LEMAK BADAN. Cuba perhatikan gambar di bawah. Gambar x-ray lelaki di bawah menunjukkan tulangnya kecil sahaja tetapi lemaknya yang banyak. Tahukah anda bahawa purata berat tulang bagi lelaki adalah 3 hingga ke 4 kilogram sahaja. Manakala bagi wanita pula sekitar 2 hingga ke 3 kilogram.



3. MITOS : Minuman sejuk (berais) menggemukkan badan

FAKTA:
Ais tidak menggemukkan. Apa yang menggemukkan adalah kalori berlebihan dalam minuman. Contohnya: Air kosong berais (0 kalori) vs air berkarbonat berais (tinggi kalori).
.
Minuman sejuk sebenarnya boleh membantu menurunkan berat badan. Ini kerana, suhu badan akan menjadi rendah akibat badan kesejukan. Badan akan mula menggigil untuk menaikkan suhu badan kembali ke suhu optima 37 darjah celsius. Semasa proses ini berlaku, banyak tenaga digunakan untuk menaikkan suhu badan. Pada waktu yang sama kalori serta lemak dibakar ketika itu.
.
Masyarakat kita juga sering menganggap ais merapuhkankan tulang. Ini juga adalah mitos. Tulang menjadi lemah dan rapuh akibat kekurangan kandungan kalsium dan mineral lain dalam tulang. Hal ini disebabkan oleh kurang pengambilan makanan bernutrisi. Ini bermakna, tiada kaitan langsung dengan pengambilan ais.



 
4. MITOS : Makan nasi punca naik badan

FAKTA:
Nasi dan makanan lain bersumberkan karbohidrat seperti kentang,roti,gandum dan lain-lain tidak menggemukkan. Apa yang menggemukkan adalah kalori berlebihan daripada makanan dan minuman yang kita ambil.

Kita perlu mengambil nasi kerana karbohidrat merupakan sumber utama tenaga badan. Apabila kita tidak makan karbohidrat, tenaga akan diambil daripada protein yang merupakan pengeluar kedua tenaga. Maka,kita akan mengalami kehilangan jisim otot dan mengalami komplikasi usus dan jantung. Makanan harian kita sehari-hari sepatutnya perlulah terdiri daripada 40 % dari kumpulan karbohidrat.





5. MITOS: "Skip Meal" boleh kuruskan badan

FAKTA: Berlapar dan "skip meal" hanya memberi kesan sementara sahaja dalam penurunan berat badan. Badan akan kembali naik mendadak selepas beberapa waktu. Apabila kita tidak bersarapan atau cuma makan sekali ke dua kali sahaja sehari, kita telah mengurangkan pengambilan kalori secara keterlaluan. Keadaan ini kenali sebagai crash diet dan tidak baik untuk diamalkan.
.
Apabila hal ini terjadi, kita juga telah mengurangkan zat nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan badan seperti protein, karbohidrat, lemak baik, vitamin & mineral. Kita akan kehilangan banyak jisim otot dan ruangan kosong itu pula akan dipenuhi dengan lemak yang terkumpul sebagai simpanan tenaga. Hal ini disebabkan oleh badan tidak menerima bekalan tenaga yang mencukupi daripada karbohidrat dan protein.




6. MITOS: Nak Kurus Wajib Bersenam

FAKTA:
Bersenam sangat penting untuk kesihatan. Namun, senaman hanya memberi impak sebanyak 20% kepada penurunan berat badan. Selebihnya 80% pula adalah pemakanan bernutrisi. Jika kita tidak berupaya untuk bersenam atas faktor kesihatan atau kesuntukan masa, jangan bimbang. Kita masih boleh turun berat asalkan mengambil makanan dan minuman berkhasiat dan seimbang di samping menghadkan pengambilan kalori di bawah paras pembakaran kalori badan.
 

 
7. MITOS: Pemakaian bengkung boleh kurus

FAKTA:
Pemakaian bengkung hanya memberi kesan sementara sahaja. Bengkung hanya menyembunyikan lemak. Kita akan kelihatan kurus semasa memakai bengkung.Hakikatnya lemak masih ada lagi.  Apabila bengkung ditanggalkan, bentuk badan kembali seperti sediakala. Jadi, jika anda mahu kurus, hadkan pengambilan kalori dan ambil makanan berkhasiat dan seimbang. Anda tidak perlu pakai bengkung untuk tampil kurus. 😉




8. MITOS: Berhenti merokok akan menyebabkan naik berat badan

FAKTA:
Seorang perokok tegar mempunyai tabiat yang sudah sebati dengan diri mereka. Apabila mereka berhenti merokok, mereka akan cuba beralih ke tabiat baru seperti makan bagi melupakan ketagihan kepada rokok. Sebenarnya, inilah punca sebenar mereka naik berat badan Ia disebabkan oleh kalori masuk lebih banyak berbanding pembakaran kalori badan.



 
9. MITOS: Orang berusia sangat susah turun berat badan

FAKTA:
Penurunan berat badan tidak bergantung kepada usia. Ia bergantung kepada jumlah kalori yang masuk dan kalori keluar daripada badan. Faktor malas atau tidak mahu keluar dari zon selesa adalah antara sebab utama mereka memberikan alasan faktor usia. Hakikatnya, ramai orang berusia berjaya turun berat badan apabila mereka tekad untuk mengubah gaya hidup mereka.




10. MITOS : Gemuk air

FAKTA:  Tubuh badan orang dewasa yang sihat dan mempunyai metabolisme normal  terdiri daripada 60 % air.  Badan kita terdiri daripada cecair seperti darah, air dalam sel, air liur dan lain-lain. Namun, ia bukanlah air kosong seperti yang kita minum sehari-hari. Air tidak akan berada dalam badan sampai bila-bila. Sekiranya kita minum air lebih, badan tidak akan menyerap air yang banyak itu tetapi ia dikeluarkan melalui air kencing. Hal ini berbeza dengan orang yang menghidap penyakit buah pinggang. Golongan ini akan mengalami gemuk air disebabkan organ tersebut tidak mampu untuk membuang air berlebihan.






Saya harap penjelasan ini membuka mata kita semua. Ayuh, sebar fakta bukan mitos! Mari kita berfikiran lebih terbuka dan hapuskan mitos yang boleh menggugat kesejahteraan dan kesihatan masyarakat.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta coaching kami:











Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!





FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko






Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...