Skip to main content

NAK KURUS TAPI TAKUT

 NAK KURUS :  10 KETAKUTAN NAK TURUN BERAT


Ramai orang yang nak kurus tapi takut! Takut??? Takut kenapa pula ya ???? Bagi menghilangkan rasa takut, kebanyakan orang akan makan...makan..dan makan.... Kesannya, bacaan berat di penimbang semakin hari semakin naik. 😱😱😱 Lagi bertambah stress dibuatnya. Sebenarnya orang nak kurus ni TAKUT apa? Jom kita lihat satu persatu.


1. NAK KURUS : TAKUT NAK BERMULA
Tahukah anda bahawa perkara paling susah untuk dilakukan adalah  memulakan sesuatu. Takut nak bermula menyebabkan susah untuk membuat keputusan nak kurus. Benarlah kata orang, langkah paling susah untuk sihat adalah LANGKAH PERTAMA. Akhirnya, kita akan bertangguh untuk buat benda yang baik ini kerana lebih dikuasai oleh rasa TAKUT NAK BERMULA.😅




2. NAK KURUS : TAKUT LAPAR
Kita sering mendengar bahawa jika nak kurus kita perlu diet. Diet pula sinonim dengan tak boleh makan banyak. Kefahaman ini menyebabkan ramai orang nak kurus tapi takut lapar. Jadi, apabila kita dah tanamkan mindset sebegini kita akan makan sedikit semasa mula berdiet. Memanglah akan rasa lapar. Sebab itulah ramai yang baru je bermula dah rasa tak sanggup. Maklumlah...makan sikit sangat.Memang confirmlah cepat lapar. Mana tahan! Kena betulkan mindset semula tau 😄 Ini kerana realiti diet adalah kita perlu makan. Ambil kira juga soal kualiti dan kuantiti kalori yang diambil setiap hari. 




3. NAK KURUS : TAKUT MINUM AIR
Selalu dengar orang kata kalau nak kurus kena minum air banyak-banyak. Tapi...ada orang cakap, minum banyak air boleh buat buah pinggang rosak. Kalau minum banyak, nanti kita jadi gemuk air. Aduh....banyak sangat perkara yang bermain kat fikiran. Yang peliknya, minum air manis bergelas-gelas sehari, tak pernah pula rasa takut. Sebenarnya nak kurus bukannya kita perlu minum sampai bergelen-gelen. Kita cuma perlu minum ikut keperluan badan. 





4. NAK KURUS : TAKUT BERAT NAIK BILA STOP DIET
 Ni pun ramai yang takut. Takut nanti bila dah start diet, berat turun. Tapi bila dah stop diet berat makin naik. Boleh pula fikir jauh ke depan ye.😁 Yela, waktu diet bukan main jaga pemakanan. Semua benda sekat. Buat perubahan drastik dan ekstrim sangat. Tapi, bila diet ke laut dalam, mulalah amalkan balik gaya pemakanan lama. Tak hairanlah berat naik. Mulalah jadi pengunjung setia fast food dan kedai mamak semula. Sudah tentulah berat naik bila stop diet. Jadi salah siapa sebenarnya? Tepuk dada tanya akal dan minda sendiri 😏 

Di sinilah silapnya. Nak lakukan perubahan biarlah perlahan-lahan. Buat sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Jadi, waktu inilah kita nak praktikkan ilmu CONSISTENCY dan PERSISTENCY. Dalam program Cabaran Kurus Online, ilmu ini akan diajarkan tau. Jadi,tak perlulah anda rasa takut lagi.



5. NAK KURUS : TAKUT DIKECAM
Inilah sifat negatif segelintir masyarakat kita. Orang nak buat benda baik pun dikecam. Kita nak kurus untuk sihat, bukannya nak buat benda yang bukan-bukan. Silapnya, di pihak kita  jugalah. Sebab tak tahan dek kecaman orang. Alah, tak perlu ambil kisah kata-kata negatif orang lain. Yang nak sihat tu kita, bukan mereka. Yang kena bawa berat badan berlebihan sampaikan sakit segala kaki dan tumit tu pun kita. Orang yang kecam tu tau cakap je.  Pekakkan je telinga daripada kecaman orang. Kita buktikan pada mereka yang kita memang bersungguh-sungguh nak kurus dan sihat. 

Kadang-kadang, kita yang terlalu over thinking. Risau sangat orang tahu kita tengah jaga makan. Sampaikan nak bawa bekal sihat ke pejabat pun malu. Takut orang mengata. Padahal, semua tu hanya dalam fikiran kita je. Orang tu tak cakap apa pun lagi. 😆



6. NAK KURUS : TAKUT INVEST UNTUK KESIHATAN

Kita terlalu berkira untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti dan membuat 'pelaburan' bagi kesihatan.Tetapi, dalam bab fast food tak pernah pula nak berkira. Fast food pun boleh tahan juga harganya. Nak beli makanan sihat, ada-ada saja alasan yang keluar. Mahal la..itu la...ini la...pendek kata kita ni terlalu berkira. Padahal makanan sihat ni ibarat pelaburan. Cuba kita bayangkan, diet adalah ibarat akaun bank. Masukkan makanan yang baik adalah pelaburan yang bijak. Manakala, makan makanan yang tidak sihat pula seperti pengeluaran duit untuk pelaburan yang rugi. Pilihan di tangan anda.😊



7. NAK KURUS : TAKUT PASANGAN MARAH

Alasan ni agak popular juga. Takkan la pasangan anda nak marah jika anda berhajat nak kurus. Mesti pasangan anda lagi suka. Yela, apabila makin kurus dan sihat, automatik akan sedap mata memandang. Apa yang dirunsingkan oleh pasangan ialah anda dah cuba macam-macam cara tapi tak kurus-kurus lagi. Dalam program Cabaran Kurus Online, dah ramai pasangan yang berjaya turun berat badan bersama-sama.


8. NAK KURUS : TAKUT TAK TAHAN NAFSU MAKAN
Nafsu makan kita sebenarnya boleh dididik. Sebab itulah nak makan pun perlu ada ilmu. Maklumlah, lumrah manusia. Ada kalanya kita teringin nak makan sesuatu. Sebenarnya,bukannya tak boleh nak makan makanan yang kurang sihat. Tapi, perlu ada ilmu. Jadi, apabila dah ada ilmu kita boleh aplikasikan. Agak-agak diet dah ke laut, cepat-cepatlah naik ke daratan semula.😁



9. NAK KURUS : TAKUT NAK BERSENAM
Ketakutan yang ini pula memang selalu disebut-sebut. Malah ada yang menyangka perkara ini  adalah fakta. Padahal, kalau nak kurus fokus utama kita adalah 80 % jaga pemakanan, 20 % senaman. Nak tahu tak, nak bersenam pun kena dengan ilmu. Jangan pula dah  jogging  3 kilometer, selepas tu singgah mamak layan roti canai banjir. Hancur la harapan nak kurus! Tapiiiii, situasi ni sering terjadi tau kalau tak ada ilmu yang betul.😜



10. NAK KURUS : TAKUT TAK KONSISTEN
Diet seorang-seorang memang normal jadi benda ni. Maklumlah tak ada orang nak tolong tarik tangan kita ke daratan semula. Tak ada orang yang pantau dan beri motivasi kepada kita. Segala-galanya dilakukan sendiri. Sebab itulah diet sendiri jarang menjadi.😆

Jika disebut tentang konsisten, ia berkaitan dengan disiplin. Disiplin pula berkait rapat dengan kenapa kita nak bermula, kenapa kita nak sihat dan kenapa kita nak kurus. Jadi, jika kita dah tahu sebabnya tak ada alasan lagi untuk kita bermula, bertahan dan sentiasa bersemangat dengan azam kurus sihat.💪💪💪



Sebenarnya takut nak kurus tu normal. Tapi,jangan sampai ketakutan itu pula yang kawal kehidupan kita. Akhirnya, kita juga yang akan menderita dengan obesiti.

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :












Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...