Skip to main content

DIET GAGAL : BUANG 5 M

 5 MALAS  SEBABKAN DIET GAGAL

Kenapa kita dah buat diet tapi masih tak kurus-kurus juga? Diet gagal??? Saya bongkarkan 5 M yang perlu kita buang jika mahu diet kita berjaya.

1) M : MALAS MINUM AIR KOSONG

Minum air kosong sememangnya sukar bagi sesetengah orang. Inilah punca utama diet gagal. Maklumlah, air kosong tiada rasa dan tawar sahaja. Sebab itulah orang Malaysia lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Tapi, tahukah anda bahawa minuman berperisa mengandungi kalori yang tinggi? Air kosong pula tiada kalori sesuai dengan namanya air kosong😉

Seperti yang kita sedia maklum, air adalah bahan yang penting di dalam tubuh badan kita.  Air sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan serta pengaliran darah dan peluh yang sempurna. Air juga berperanan  menyeragamkan suhu badan dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan ke seluruh badan. Air turut berfungsi untuk  pembuangan air dan pembakaran lemak.  Minum air kosong yang mencukupi turut membantu menyelesaikan masalah sembelit. 

Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana cara minum air kosong yang boleh membantu kurus dengan cepat. Mari ikuti tips di bawah :

a) Jadikan air kosong sebagai minuman utama

Tips ini nampak mudah tetapi paling sukar untuk dibuat lebih-lebih lagi sekiranya makan di luar. Jadi, kuatkan hati untuk 'menolak' air manis. Amalkan memesan air kosong atau bawa botol air bersama anda ke mana sahaja.

b) Bawa botol air ke mana sahaja

Tips ini sangat membantu anda bagi memastikan minum air yang mencukupi setiap hari. Jangan lupa untuk rekodkan pengambilan harian anda. Anda boleh tetapkan target untuk minum berapa liter dalam sehari.

c) Minum air sebelum makan nasi dan lauk-pauk sedap

Jadikan tips ini sebagai amalan setiap hari. Minum segelas air kosong setiap 1 jam atau setengah jam sebelum makan. Pengambilan air dapat mengurangkan selera makan. Secara tidak langsung anda dapat mengawal pengambilan makanan  sekaligus menurunkan berat badan.

d) Biasakan minum air kosong sebaik bangun tidur

Minum air kosong sebaik bangun tidur  sangat penting. Selain daripada dapat mengurangkan risiko penyakit lain, amalan ini juga memberi kesegaran kepada badan.

e) Minum air mengikut keperluan

Pengambilan air kosong bagi setiap individu adalah berbeza. Secara umumnya kita digalakkan minum 8 gelas sehari. Namun, kita perlu tahu keperluan air adalah berdasarkan kadar berat individu itu sendiri. Formula mudahnya ialah 1 liter bagi setiap 25 kg berat. Jadi, semakin berat badan seseorang semakin tinggi kuantiti air yang diperlukan dalam sehari.



f) Minum guna straw

Minum guna straw nampak remeh. Namun, cara ini sangat membantu. Tanpa sedar  kita berjaya minum cukup air dalam sehari.

2) M : MALAS CARI ILMU

Diet gagal juga disebabkan oleh malas mencari ilmu diet yang betul. Bagi memastikan diet berjaya, perkara yang perlu diambil perhatian ialah ilmu pemakanan. Bersenam serta tidur yang berkualiti dan mencukupi juga merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, seseorang yang ingin memulakan diet perlu mencari individu  yang boleh membimbing cara berdiet yang sihat. Ini kerana diet yang berjaya perlulah disertakan dengan ilmu supaya kita boleh menjadikannya sebagai gaya hidup sampai bila-bila. Saya sedia menjadi coach anda.

3) M : MALAS BERSENAM

Soalan yang sering diajukan jika hendak kurus ialah " Mana yang utama, diet sahaja atau senaman sahaja? Adakah penting kedua-duanya sekali?" Sebenarnya, perkara paling utama adalah penjagaan pemakanan. Formula untuk turun berat adalah, 80 % menjaga pemakanan + 20 % senaman = 100 % mindset. 

Jangan tersalah fokus tau. Walaupun senaman menyumbang sebanyak 20 % sahaja, namun jangan pandang ringan kepentingan bersenam. Oleh itu,  jika anda mahukan diet yang berjaya, tambahkan elemen senaman di samping menjaga pemakanan harian. Pilihlah senaman yang sesuai untuk anda.

4) M : MALAS BERGERAK

Salah satu penyebab diet gagal adalah malas bergerak. Jadi, walaupun anda menjaga pemakanan, berat badan tidak akan turun secara optima jika tidak disertakan dengan aktiviti fizikal.

Selain itu, bergerak aktif dengan melakukan aktiviti fizikal juga membantu memastikan metabolisme berada dalam keadaan yang baik. Bonusnya, anda akan terhindar daripada risiko pelbagai penyakit. Jadi, apa kata luangkan masa untuk bergerak aktif setiap hari. Contohnya, anda boleh meletakkan kereta jauh sedikit dari pejabat. Jadi, anda perlu berjalan jauh sedikit  untuk sampai ke pejabat. Jika pejabat menggunakan lif, anda boleh memilih untuk menggunakan tangga.😉

5) M : MALAS MASAK

Memasak mungkin agak leceh bagi sesetengah orang. Malas memasak adalah antara sebab yang cukup popular. Apa kata kita buang perasaan ini jauh-jauh.Ini kerana, sekiranya kita memasak sediri kita bukan sahaja boleh berjimat tetapi kita dapat memastikan bahan yang digunakan adalah bersih, selamat & sihat. Penyediaan masakan sihat agak mudah. Tidak perlu menunggu pecah minyak, memerah santan dan sebagainya.😋


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:





Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...