Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Saya Gemuk Tapi Sihat. Betul ke?

Gemuk Tapi Sihat? Sejauh mana kesahihannya. SAYA GEMUK TAPI SAYA SIHAT JE.. TAK PERLU NAK KURUS.. BETUL KE SIHAT??🤔🤔🤔 Biasa kita dengar ayat macam ni kan?😉 Tahukah anda bahawa obesiti itu sendiri juga merupakan salah satu penyakit. Ia boleh menjadi punca kepada penyakit berisiko seperti : 💊 Diabetes type 2 💊 Tekanan darah tinggi 💊 Sakit jantung dan stroke 💊 Kolestrol tinggi 💊 Sakit pundi hempedu  💊 Apnea tidur 💊 Osteoathritis 💊 Sakit fatty liver  💊 Kanser Seram ke seram😱😱😱. Sebab itulah kalau ada yang mendapat rawatan doktor, biasanya doktor akan cadangkan untuk turunkan berat badan terlebih dahulu. Apabila berjaya turunkan berat badan dengan cara yang betul & sihat, InshaAllah kesihatan akan bertambah baik❤️❤️❤️ Hari ini saya ingin kupaskan mengenai 5 penyakit yang berisiko dihidapi oleh seseorang yang obesiti . # Obesiti : Risiko Kolesterol Tinggi Obesiti berisiko tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi. Kolesterol ialah lemak yang terdapat dalam darah. ...

NAK KURUS PERLU CUKUP 4 PERKARA

Nak Kurus : CUKUP 4 PERKARA Nak kurus memerlukan gabungan beberapa perkara penting untuk mencapai kejayaan. Jom kita bongkarkan 4 CUKUP yang perlu ada untuk kurus.  #1 Nak Kurus : Minum CUKUP Air Adalah penting untuk mengambil air yang mencukupi setiap hari. Air membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan memastikan badan berfungsi dengan betul. Selain itu, minum air yang mencukupi membantu mengurangkan rasa lapar dan menghalang anda daripada mengambil kalori yang berlebihan.  #2 Nak kurus :   CUKUP  Makan Apabila anda cuba menurunkan berat badan, adalah penting untuk makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat. Perhatikan saiz atau portion yang betul dan elakkan makan berlebihan.  #3 Nak Kurus :   CUKUP  Tidur Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah penting untuk kesi...

NAK KURUS : 5 MITOS POPULAR

MITOS KURUS : USAH TERPEDAYA MITOS KURUS 1 : NAK KURUS MAKAN SEDIKIT   Mitos ini salah kerana mengurangkan pengambilan makanan  secara drastik   boleh menyebabkan penurunan berat badan yang tidak sihat. Tubuh memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Kaedah ini sebenarnya boleh menyebabkan penurunan metabolisme dan masalah kesihatan. MITOS KURUS 2 : NAK KURUS ELAK MAKAN MALAM Makan malam dengan sendirinya tidak membawa kepada penambahan berat badan. Apa yang penting ialah jumlah pengambilan kalori dalam sehari dan jenis makanan yang diambil. Jika anda makan dalam had kalori yang munasabah dan memilih makanan yang sihat, maka makan malam tidak menjadi masalah.   MITOS KURUS 3 : NAK KURUS BUAT DIET RENDAH LEMAK SAHAJA Walaupun diet rendah lemak boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori, adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada jenis lemak yang diambil. Lemak sihat diperlukan untuk fungsi badan yang optimum. Malah, beberapa l...

GULA? MAAF, SAYA DAH CUKUP MANIS

 APA YANG BAKAL BERLAKU JIKA KURANGKAN GULA DALAM 30 HARI       Mengurangkan pengambilan gula dalam diet anda selama 30 hari boleh memberi beberapa manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa perkara yang bakal anda alami jika anda berjaya mengurangkan pengambilan gula dalam tempoh ini: #1 Kurangkan Gula : Turun Berat Badan Gula tambahan dalam makanan dan minuman selalunya mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Dengan mengurangkan pengambilan gula, anda boleh mengurangkan kalori yang digunakan dan membantu mencapai penurunan berat badan yang sihat sekitar 3 - 7 kilogram.   #2 Kurangkan Gula :  Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik   Mengurangkan penggunaan gula boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, obesiti dan penyakit hati berlemak. Gula yang berlebihan dalam diet boleh menyebabkan peningkatan gula darah dan rintangan insulin yang boleh membawa kepada masalah kesihatan jangka panjang. #3 Kurangkan Gula ...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...