Skip to main content

NAK KURUS : APA YANG SAYA LAKUKAN?

NAK KURUS : SAYA TURUN 23.65 KG DALAM MASA 9 BULAN


Raya Transformation Challenge 2022

    Turun berat sebanyak 23.65 kg? Banyaknyaaaa... 😱😱😱 Sebenarnya, banyak atau sedikit adalah bersifat subjektif. Ada yang menganggap turun berat 23.65 kg itu banyak, ada juga yang menganggapnya biasa-biasa sahaja. Semuanya bergantung kepada berat badan kita semasa memulakan program. Bahkan semasa menyertai Success Training seminar (STS) secara bersemuka pada Julai lepas, saya pernah melihat testimoni di depan mata  ada peserta yang berjaya turun 40 kg....Amazing kannnnn👍👍👍

 

                                                                                                               Perkongsian testimoni untuk HOM


     Saya mula menyertai Cabaran Kurus Online semasa berat badan saya berada pada BMI Obese 1. Pada waktu itu, banyak cabaran kesihatan yang saya alami. Alhamdulillah kerana diberi kesedaran untuk berubah. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan sehingga berjaya turun 23.65 kg.

Nak Kurus : #1 Be Active Sharing Meal Dalam Group Coaching
- semasa mula-mula join CKO saya hanyalah peserta silent reader😄 Namun, semasa bulan ke3 saya mula serius dan aktif membuat perkongsian dalam group coaching. Apabila kita melakukan perkongsian secara tidak langsung kita menjadi lebih berdisiplin.

Nak Kurus : #2 Belajar dari Star Rating Meal 
- topik star rating meal merupakan topik kegemaran saya 😉Saya bukan sahaja membaca komen yang diberi pada pinggan saya sahaja tetapi juga pinggan peserta yang lain. Dari situlah kita belajar apa yang perlu ada dalam pinggan sihat kita. ( Cepatnya masa berlalu, sekarang giliran saya pula untuk memberi rating pada pinggan peserta dalam group kami😘)

Nak Kurus : #3 Dengar dan Fahami Topik Coaching
-  saya menyediakan buku khas & ambil nota supaya boleh dirujuk pada bila-bila masa
- belajar dari semua info yang disampaikan dalam group coaching
- sekiranya ada yang tidak difahami, bertanya kepada coach supaya kita boleh aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. 

Nak Kurus : #4 Renew Semangat Baru Setiap Hari
- quotes "Everyday is Day 1" saya pegang supaya sentiasa bersemangat setiap hari walaupun sudah bermusim-musim dalam program. 

Nak Kurus : #5 Konsisten dalam semua perkara yang dilakukan
- nak kurus perlulah konsisten dalam apa jua yang kita lakukan sama ada pengambilan makanan yang sihat, minum air yang mencukupi, menambahkan elemen senaman serta makan mengikut waktu. Perkara ini bukanlah hanya dilakukan bermusim sahaja. 

Nak Kurus : #6 Semangat dan Disiplin Seiring Dengan Hasil yang Diimpikan
 - nak kurus memerlukan semangat dan disiplin. Dengan ilmu yang telah diperoleh, kita boleh menepis segala godaan di sekeliling. Jangan mudah tergoda dan goyah dengan rakan sekerja serta makanan yang tidak sihat yang pernah menjadi kegemaran kita suatu ketika dahulu. Kini, kita lebih bijak untuk membuat pilihan yang lebih berbaloi. 

Nak Kurus : # 7 Percaya tiada istilah GAGAL dalam menurunkan berat badan selagi kita TIDAK BERPUTUS ASA.
- setiap orang yang benar-benar ingin menurunkan berat badan perlu tahu bahawa tiada istilah GAGAL wujud semasa proses ini. Apa yang ada hanyalah orang yang berhenti berusaha dan BERPUTUS ASA sahaja.
                                  
Testimoni saya semasa bulan ke8 dalam program

Disclaimer : “Hasil ini bukan hasil tipikal. Hasil individu adalah berbeza-beza”

    Sebenarnya, semasa musim ke 8 dalam Cabaran Kurus Online (CKO 55) saya hanya turun 400 gram sahaja. 200 gram pada 2 minggu pertama dan 200 gram  lagi pada minggu terakhir. Namun, bukan nilai di atas timbangan sahaja yang kita mahukan. Ada banyak perubahan positif yang saya dapat sepanjang bersama CKO. Jom kita lihat  results yang saya kongsikan dalam group pada timbangan terakhir CKO 55 ( 28 November 2021)



Anda ada impian untuk kurus sebelum tahun 2023? Ayuh apa tunggu lagi. Inilah masanya untuk anda. Buat tindakan sekarang. Mari sertai program Cabaran Kurus Online bersama saya. 

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :






Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko



Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...