Skip to main content

Cabaran Kurus Online : Transformasi Diriku

Berat Baru : Orang Baru


    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sedar tak sedar kita dah berada dalam bulan Oktober. Bermakna kita sudah berada dalam 3 bulan terakhir untuk tahun 2022. Begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. Hari ini pun kita dah berada di pertengahan bulan Oktober.

   Semalam,  google photo ( cloud storage ) throwback gambar-gambar lama yang dalam simpanan. Huhu...Bila dilihat balik gambar lama, betapa besarrrnya saya dahulu. Jom tonton video di bawah.😆😆😆

Foto dahulu vs Sekarang

        Antara benda yang paling saya syukuri adalah dipertemukan dengan Program Cabaran Kurus Online. Program yang telah berjaya membuat transformasi kepada diri saya. Alhamdulillah juga kerana saya diberi kesedaran untuk berubah. Kesedaran timbul apabila saya mendapati BMI sudah berada pada Obese 1. Tidak mustahil berat saya akan terus bertambah jika saya tidak melakukan perubahan. Lagi-lagi umur juga semakin meningkat. Saya memulakan program semasa berusia 38 tahun. Umur yang bagi saya sudah agak berisiko terkena sebarang penyakit sekiranya saya tidak menjaga kesihatan. (Baca di sini tentang journey saya bersama program Cabaran Kurus Online).

    

  Transformasi selepas 3 bulan  dalam program ( Kredit video : Coach Zahidah )

    Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23.65 kg. Alhamdulillah, saya sendiri tidak pernah menyangka saya akan berjaya menurunkan berat sebanyak itu. Namun, segalanya tidak mustahil jika kita sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Syukur, program Cabaran Kurus Online berjaya mentransformasi diri saya. Transformasi bukan sahaja dari segi saiz, berat badan malah banyak perkara yang lain seperti ilmu pemakanan sihat yang boleh diamalkan dan dijadikan sebagai gaya hidup sampai bila-bila. Tahap kesihatan juga semakin baik. Benarlah kata orang, sesungguhnya "KESIHATAN ADALAH NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR."

Testimoni bersama Cabaran Kurus Online.

Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :





Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...