Skip to main content

TUKAR SAIZ XXL KE S : 5 MAKANAN KEGEMARAN YANG SAYA TINGGALKAN

LUPAKAN 5 MAKANAN KEGEMARAN HINGGA BERJAYA TUKAR SAIZ XXL KE S

--------->>>>

        Berat badan berlebihan merupakan salah satu masalah yang sering menghantui rakyat Malaysia. Tidak hairanlah jika Malaysia dinobatkan sebagai Juara Gemuk di Asia. Saya merupakan salah seorang yang menyumbang kepada statistik ini kerana pernah berada pada tahap Obese 1. ( Tapi sekarang dah tak termasuk dalam statistik tu lagi...Alhamdulillah)



    Dalam journey saya menurunkan berat badan daripada Obese 1 ke Normal sehingga berjaya tukar saiz XXL ke S serta turun sebanyak 23.65 kg ada beberapa makanan kegemaran yang perlu saya lupakan. Baca di sini kisah saya turun berat badan.

    Mari saya bongkarkan 5 makanan kegemaran yang saya tinggalkan dalam proses tukar saiz XXL ke S.

1. Mi Segera
Dahulu, saya seorang penggemar mi segera. Stok mi segera sentiasa ada. Mi segera sentiasa menjadi 'penyelamat' setiap kali rasa lapar. Selain mudah untuk disediakan, ia juga hadir dengan pelbagai jenis perisa dan dikategorikan sebagai makanan yang murah harganya. Patutlah saya obesiti 1 sebab mi segera adalah sangat tinggi lemak, karbo dan natrium. Kandungan MSG dan sodium pada mi segera juga agak tinggi. 

Teringat iklan mi segera dengan lagu ♩ ♪ ♫ ♬ 𝄞
" Mi M**** cepat dimasak, sedap dimakan"

2. Air Manis
Sebelum ini, saya sememangnya seorang peminat minuman manis. Sarapan pagi biasanya saya akan minum teh panas atau minuman segera 3 in 1. Bukan itu sahaja, saya juga akan bawa bekal minuman 3 in 1 yang dibancuh di dalam termos. Oleh kerana jadual yang agak padat dan balik hingga lewat petang, biasanya saya akan bancuh lagi 3 in 1 yang disediakan di pantri bilik guru. Fuhhhh..dahsyatnya bila dikenang kembali. Yalah, waktu tu belum ada kesedaran lagi. Kalori jauh sekali nak ambil tahu...Itu belum cerita lagi bab minum air gas dan air manis yang lain. huhu😒😒😒

3. Ais Krim
Nikmatnya makan ais krim lagi-lagi semasa cuaca panas. Saya penggemar ais krim coklat. Namun, apabila saya membuat keputusan untuk berubah, ais krim termasuk dalam makanan yang terpaksa saya lupakan. Alhamdulillah, saya berjaya meninggalkannya dan hanya mengambilnya setelah 10 bulan dalam program Cabaran Kurus Online. Itupun saya ambil sebagai Treat Meal. 

Ais krim pertama saya ambil selepas 'pantang' makan ais krim 10 bulan. Saya kongsikan dalam group whatsapp CKO 57 : New Year New Me


4. Frozen Food 

Makanan sejuk beku atau frozen food memang antara makanan yang kerap saya ambil. Ini kerana ia cukup mudah disediakan. Antara yang sering saya ambil adalah sosej. Sosej menjadi bekalan yang sering saya bawa ke sekolah. Cara memasaknya cukup senang kerana boleh dimasukkan ke dalam air fryer atau direbus. Nampak macam sihat sebab kaedah memasaknya. Jangan terpedaya, rebus atau air fry tidak menjadikan sosej menjadi makanan yang baik. Ia tetap makanan proses yang tinggi lemak dan rendah nutrisi.




5. Makanan Ringan ( Jajan )
Aduhai....bila dikenang kembali sememangnya gaya pemakanan saya dahulu sangat tidak sihat. Gambar di bawah antara makanan ringan yang saya suka. Dahulu, saya tidak ambil kisah mengenai kandungan yang terdapat pada makanan ringan seperti ini. Namun, sekarang saya tahu makanan sebegini tinggi kalori di samping kadar garam, MSG, lemak dan minyaknya juga cukup tinggi. Kini, snek yang saya ambil lebih sihat. Baca info ini tentang snek sihat dalam proses turun berat badan.

Antara jajan kegemaran dari zaman kanak-kanak. 😆

Jommmmm  kita tonton bersama video di bawah. Transformasi saya bersama Cabaran Kurus Online dari saiz XXL ke saiz S. Berjaya capai berat ideal & BMI Normal setelah meninggalkan 5 makanan kegemaran. Alhamdulillah, berjaya turun 23.65 kg.
   


Jika saya boleh, anda juga pasti boleh. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Agaknya apa yang terjadi sekiranya saya tiada kesedaran untuk berubah. Tidak mustahil berat badan saya akan naik dan lebih banyak cabaran kesihatan. Alhamdulillah atas kesedaran dan peluang bertemu dengan program Cabaran Kurus Online. Sesungguhnya, KESIHATAN ADALAH NILAI KEKAYAAN YANG SEBENAR. 

Mari bertindak SEGERA. Jika anda ingin berubah saiz seperti saya, saya sedia MEMBANTU.

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.
𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:







Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko




Comments

  1. MasyaAllah amazing transformation tahniah akak!👏🏻👏🏻👏🏻

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...