Skip to main content

NAK KURUS : JANGAN BERTANGGUH

KENAPA DIET TAK BOLEH BERTANGGUH ?

Apabila sebut je nak mula berdiet, ramai yang tidak bersedia. Mulalah timbul 1001 alasan untuk tidak bermula. Banyak ketakutan dan kerisauan yang timbul dalam diri. Antara alasan yang sering keluar dari mulut kita ialah, "Esok la aku mula diet." Masalahnya, keesokan hari timbul pula alasan yang lain. Antara alasan untuk menangguhkan diet paling popular kita dengar adalah DIET bermula HARI ISNIN. Persoalannya, adakah jika kita mula diet pada hari Isnin lebih mudah dan cepat untuk kurus???😆😆😆 Persoalan ini kekal menjadi misteri hingga ke hari ini.

    Tahukah anda bahawa tindakan kita yang suka menunda atau menangguhkan diet membawa impak yang besar? Mungkin bagi kita ia suatu yang remeh. Ini kerana ada yang beranggapan diet itu satu perkara yang mudah. Namun, percayalah diet akan menjadi susah sekiranya kita tidak mengambil tindakan segera. Menangguh-nangguh diet membawa kesan kerana selagi tidak bermula kita tetap akan makan makanan yang tidak sihat sesuka hati. Ini kerana kita telah meletakkan dalam MINDA bahawa selagi belum bermula diet, tiada LARANGAN untuk makan. Sekiranya perkara ini berlaku, usaha kita untuk menurunkan  berat badan akan menjadi semakin lambat dan sukar. Selagi tidak mengambil tindakan dan bermula, maka berlakulah penangguhan yang tiada berkesudahan.

    Saya berani untuk mengatakan perkara ini berdasarkan pengalaman sendiri. Alhamdulillah, saya selalu bersyukur setiap kali teringat bagaimana saya memulakan journey menurunkan berat badan bersama program Cabaran Kurus Online. Agaknya, apa akan terjadi jika saya tidak mengambil tindakan dan bertangguh untuk bermula.

    Saya sudah melalui pelbagai fasa berat badan sepanjang berusia 38 tahun. ( InshaAllah 39 tahun, November nanti)😅 Saya bukanlah seorang yang berbadan besar dan gemuk sejak kecil. BMI saya pernah berada pada tahap underweight sejak sekolah menengah hinggalah semasa menuntut di Maktab Perguruan Sarawak ( kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak ) sekitar tahun 2002-2004. Namun, gaya hidup yang tidak sihat selepas posting telah menyebabkan saya beralih ke BMI overweight dan kemuncaknya Obese Class 1.😔😔😔 Bertitik tolak pada BMI Obese Class 1 inilah saya mula mencari solusi. Lebih-lebih lagi umur semakin meningkat. Menjelang umur 40 tahun ( tahun depan, 2023 ) saya nekad untuk melakukan perubahan.

Sewaktu berada di Tingkatan 5, tahun 2000.

Tahun terakhir di Maktab Perguruan Sarawak (2004). Saya yang berbaju putih. Berat sekitar 44-45 kg sahaja.

    Saya mula menyertai Cabaran Kurus Online dengan berat pada waktu itu 74.95 kg. (angka ini saya ingat sampai sekarang ) Dengan ketinggian 158 cm, berat sebegitu sememangnya tidak sesuai dengan saya. Pelbagai signal telah saya terima seperti, sakit lutut, sakit tumit, sering sakit kepala dan berasa mengah apabila naik tangga di bangunan sekolah. Sebelum timbul kesedaran, signal sebegitu tidak memberi kesan kepada diri saya. 

Result pada musim pertama.

  Sebenarnya, saya tidak begitu serius semasa memulakan program. Maklumlah, saya belum begitu faham perjalanan program. Walaupun begitu, saya tetap kosisten untuk menuruskan program bersama Cabaran Kurus Online. Saya tetap makan mengikut mealplan yang diberikan. Tidak pernah terdetik pun untuk berputus asa. Tuntutan kerja sebagai guru yang selalu sibuk saya jadikan alasan untuk tidak memberi perhatian serius kepada topik coaching yang dijalankan di dalam group. Topik tetap saya dengar tetapi tidak pernah terfikir untuk mencatatnya. Kadang-kadang saya mendengar topik coaching sebelum tidur. Belum habis mendengar, saya sudah hanyut dibuai mimpi.😂😂😂

    Pada musim ketiga barulah saya mula serius dengan program. Saya mula faham banyak perkara. Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak pula yang ingin diketahui. Saya mula "menghantui" hidup coach saya termasuklah Coach Azura & Coach Zahidah dengan pelbagai persoalan. Terima kasih atas kesabaran melayani pertanyaan saya dahulu. (hingga kini sebenarnya😄)

Berjaya mencapai BMI Normal semasa musim ke4.

    Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Saya sangat bersyukur kerana digerakkan hati oleh Allah untuk membuat perubahan. Syukur juga kerana saya tidak bertangguh dan membuat keputusan bijak untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan program Cabaran Kurus Online. Jika saya bertangguh, tidak mustahil saya akan mencapai berat badan yang lebih lagi. 
    Nasihat saya untuk mereka yang sedang melalui situasi seperti saya dahulu, ayuh buat keputusan segera. Saya sedia membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal anda. Jangan malu-malu untuk melantik saya sebagai coach peribadi anda.  Tiada yang mustahil jika ada keinginan. Kalau saya boleh, anda pasti boleh melakukannya. Total turun sebanyak 23. 65 kg tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Alhamdulillah...bersama Cabaran Kurus Online ia bukan perkara yang mustahil. 

Raya Transformation Challengge 2022

Disclaimer: Result ini adalah tidak tipikal mungkin berbeza setiap individu


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE

•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.

𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program

👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:








FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini


WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...