Skip to main content

NAK KURUS : KENA MASAK SENDIRI?

 NAK KURUS : 5 TIPS MAKAN DI KEDAI



    Assalamualaikum semua. Apa khabar diet kurus anda? Hari ni saya nak kongsikan tips makan di kedai. Ehhh, nak kurus boleh makan kat luar ke? Bukan kena masak sendiri? 🤔

    Sebenarnya, nak kurus boleh je makan kat kedai. Jom saya kongsikan tipsnya.

1. Pilih kedai jual nasi berlauk 

Tips pertama yang anda boleh lakukan adalah pilih kedai yang menjual nasi berlauk. Biasanya kedai makan begini akan ada banyak pilihan menu. Jadi, apabila dah sampai di kedai tersebut sila scan dahulu lauk pauk yang disediakan. Dengan cara ini kita tahu pilihan yang berbaloi untuk diambil.


2. Ambil nasi putih

Tips kedua pula ialah ambil nasi putih. Jadi, nasi putih pula perlulah diambil mengikut portion yang betul. Ambil nasi tu sebesar penumbuk kiri kita sahaja tau, bukan penumbuk orang lain.😄 Klik di sini untuk baca tentang diet kurus boleh makan nasi hari-hari.


3. Pilih menu bakar, rebus atau kukus. 

Tips ketiga pula adalah pilih menu yang dimasak secara sihat seperti bakar, rebus atau kukus. Biasanya menu sebegini memang ada. Tapi, jika tak ada jangan risau. Anda boleh pilih menu yang bergulai. Sebaiknya ambil ikan atau ayam tanpa kuah. Kalau nak kuah pun hadkan kepada 2 sudu sahaja. Ini kerana kuah ni pun ada kalorinya.


4. Pilih sayur yang segar. 

Tips keempat pula ialah pilih sayur-sayuran yang segar.Ulam-ulaman adalah pilihan terbaik. Boleh jimat kalori juga. Sebaiknya, jangan ambil sayur yang ditumis goreng.😉


5. Pilih air kosong

Tips kelima pula ialah pesan air kosong. Air kosong zero kalori. Selain jimat kalori, kita juga jimat duit dengan memesan air kosong. Kadang-kadang ada sesetengah kedai yang bagi air kosong secara percuma.😍

     Harap-harap 5 tips yang saya kongsikan ini membantu. Tips ini juga boleh digunakan semasa anda sedang bercuti. Semasa bercuti sudah semestinya kita akan makan di kedai.😊😊😊

    Ehhh...ada satu lagi tips tambahan saya nak kongsikan iaitu jangan lupa basuh tangan dan baca doa sebelum makan tau.

    Nak kurus ni sememangnya mudah.Tiada alasan untuk tidak meneruskan diet sihat walaupun makan di kedai.  Selepas ini anda boleh aplikasikan tips ini. Senang ke senang nak pilih menu kat luar ni? 


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.
𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:





Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!



FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...