Skip to main content

NAK KURUS : JOM BAKAR LEMAK

 NAK KURUS : 5 MAKANAN YANG BOLEH BAKAR LEMAK



   Proses nak kurus seringkali dikaitkan dengan pembakaran lemak. Lemak boleh dibakar dengan melakukan aktiviti senaman dan kardio. Selain itu, kita juga perlu mengambil beberapa jenis makanan yang boleh membantu membakar lemak. Ingat, kandungan lemak yang berlebihan dalam tubuh jika tidak dibuang akan menjadi punca utama kepada masalah kegemukan sekaligus mengganggu tahap kesihatan.


    Terdapat beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak. Ia dikenali sebagai termogenik. Makanan termogenik ini membakar lebih banyak kalori. Makanan pembakar lemak ini juga mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.

    Hari ini saya ingin kongsikan 5 contoh makanan yang boleh membakar lemak. Makanan ini  boleh kita masukkan dalam senarai pemakanan harian kita. Pengambilannya akan  dapat membantu memudahkan pembakaran lemak di samping meningkatkan metabolisme dalam badan. 

1. AVOKADO

Avokado sememangnya kaya lemak serta tinggi kandungan serat yang membantu membakar banyak lemak. Pengambilan avokado dalam hidangan harian menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari. Avokado juga digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh.





2. BADAM
Segenggam badam mengandungi protein, lemak dan serat. Badam memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang yang lain.





3. CILI MERAH

Anda suka makan pedas? Ramai orang yang tidak tahu bahawa cili merah yang berfungsi menambah rasa pedas dalam masakan membantu meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak. Ini kerana kandungan capsaicin di dalam cili meningkatkan metabolisme. Hidangan pedas juga dikatakan mampu meningkatkan metabolisme sehingga 25 % selama 3 jam selepas makan. Wahhhh😮😮😮 Mesti ramai yang tak sangka kan?😉




4. KOPI

Kafein juga mampu membuat metabolisme bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak atau liposis. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil kafein sejam sebelum bersenam membakar lemak hampir 2 kali ganda dan mampu bersenam 17 % lebih lama berbanding individu yang tidak mengambilnya




5. EPAL

Epal diperkaya dengan sumber antioksida. Epal juga mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan epal yang sarat dengan air memberi impak kenyang lebih lama. Mengunyah epal pula mampu meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding jika anda minum jus epal. Kandungan seratnya yang tinggi memudahkan proses pencernaan seterusnya mengelakkan masalah sembelit.


    Jadi, pilihlah makanan yang dapat membantu meningkatkan metabolisme badan agar dapat membakar lemak yang terkumpul. Bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif, tambahkan elemen senaman yang konsisten.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :






Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...