Skip to main content

NAK KURUS : 6 SEBAB DIET GAGAL

NAK KURUS : JANGAN BUAT 6 PERKARA


     Ramai orang yang berimpian nak kurus. Namun, tidak semua berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran. Akhirnya, mereka kecundang di tengah jalan.Mengapa perkara ini sering terjadi??? Apa yang menyebabkan diet kurus seseorang itu gagal? Ayuh, kita bongkarkan bersama.


1. Diet Gagal : Buat target yang tak realistik

Penurunan berat badan yang normal adalah sekitar 0.5 kg seminggu. Jadi, jika anda target nak turun 10 kg sebulan, memang tak realistik langsung! Jadi, letakkan target yang lebih realistik ya. Dalam program kami, purata penurunan berat badan peserta adalah sekitar 3-7 kg sebulan. 

2. Diet Gagal : Buat perubahan yang terlalu drastik


Jika sebelum memulakan diet kurus anda bukanlah seorang yang suka bersenam, tapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar anda bersenam sehingga 2 jam setiap hari! Fuhhh...dahsyat sungguh. Jangan lakukan perubahan yang terlalu drastik. Lakukan senaman tak perlu terlalu lama. Buat ikut kemampuan. Sedikit demi sedikit yang penting dilakukan secara konsisten. Itu lebih baik. 

3. 
Diet Gagal : Perubahan gaya hidup hanya sementara 


Ramai yang beranggapan  nak kurus sahaja yang perlu berdiet. Jadi, apabila dah kurus, boleh makan apa sahaja...Ini satu kesilapan besar! Apabila kita makan makanan yang tinggi kalori sudah pastilah berat naik semula. Jangan sesekali kembali kepada tabiat pemakanan yang lama. Jadikan pemakanan sihat sebagai gaya hidup sampai bila-bila.

4. 
Diet Gagal : Makanan sebagai “reward”

Oppss😏 Jangan sentap tau!!!

Yang ni pun saya selalu jumpa. Macamanalah kita nak kurus jika setiap kg yang turun diraikan dengan makanan. Pilihlah reward diri yang lebih berbaloi. Reward berbentuk hadiah lebih baik berbanding makanan.

5. 
Diet Gagal : Tiada support


Nak diet tapi tiada support. Bila lihat orang sekeliling makan sesuka hati  mulalah rasa goyah. Ditambah pula dengan makanan viral yang silih berganti. Fuhhh...jika iman tak kuat memang goyah. Sebab itulah ramai yang terbabas. 
    Itulah lumrah manusia jika diet seorang diri. Nak atasi benda ni senang je, apa kata join saya dalam Cabaran Kurus Online. Anda bukan sahaja akan dapat Coach Peribadi, support group yang sama misi serta dapat banyak ilmu. Seronok tau dapat pakej lengkap. Ilmu dapat...kurus pun dapat. Haaa...kurus dengan ilmu. Itu yang paling mahal tau. Ilmu yang boleh kita amalkan sampai bila-bila. 

6. Skip meal


Ramai juga yang buat benda ni tau. Kononnya nak jimat kalori. Sanggup skip meal supaya cepat kurus...huhu😔(Klik di sini untuk baca tentang mitos nak kurus.) Memanglah anda  akan kurus jika tak makan.Tapi, berita buruknya anda akan kehilangan jisim otot . Ini yang akan buatkan anda lagi susah nak kurus! So, jangan sesekali skip meal. Crash diet juga tak membantu anda nak kurus secara sihat tau. 

Jadi, daripada 6 sebab tadi ada tak yang pernah terjadi pada diri anda? Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta coaching kami:







Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...