7 TABIAT BURUK BUAT DIET GAGAL Anda seorang yang rajin bersenam ? Tapi,kenapa berat badan tak turun-turun ??? Dah gigih berdiet namun angka pada penimbang masih macam tu juga! Di mana silapnya ?😟😟😟 Cuba semak semula, adakah anda ada buat 7 tabiat buruk ini? TABIAT BURUK 1 : DAHAGA, TAPI PILIH UNTUK MAKAN Jangan keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, cuba minum air dan tunggu 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi? TABIAT BURUK 2 : TAK AMBIL SARAPAN Tidak bersarapan kononnya dengan harapan boleh kurus. Tapi sebenarnya meninggalkan sarapan adalah tabiat buruk yang boleh buatkan anda makan lebih banyak pada waktu tengah hari. TABIAT BURUK 3 : MAKAN DEPAN TV, KOMPUTER ATAU TELEFON BIMBIT Ramai yang suka buat tabiat buruk makan depan TV, komputer atau telefon bimbit. Inilah punca GEMUK sebenar sebab kita tak tengok jumlah makanan yang kita ambil. Akhirnya, kita terlebih makan. Jadi, elakkan makan sambil menonton s...