Skip to main content

NAK KURUS : LAKUKAN 6 PERKARA

 

Nak Kurus : Cara Diet Yang Betul dan Berkesan

 

Kurus menjadi idaman semua orang. Namun, fakta yang membimbangkan di Malaysia ialah separuh daripada rakyat negara ini mengalami obesiti. Ini menyebabkan Malaysia dinobatkan sebagai JUARA OBESITI Asean. Malah, kita juga berada di tangga keenam di rantau Asia Pasifik. 

                  
                                  Keratan akhbar : Malaysia nombor 1 obesiti di Asean

Perkara ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Sudah tiba masanya kita berganding bahu untuk mengubah fakta ini menjadi lebih baik lagi. Apa yang perlu kita lakukan? 
Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan sememangnya sesuatu yang wajar dilakukan. Ayuh, kita sebarkan kesedaran kepada seluruh warga Malaysia untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat. Segala-galanya bergantung kepada diri anda sendiri untuk memulakannya. Apa yang paling penting biarlah usaha ke arah itu dilakukan secara berterusan dan konsisten. 

1. Nak Kurus : Pilih Diet Yang Sesuai
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memilih diet yang sesuai dengan diri anda. Setelah memilih diet yang bersesuaian dengan diri, anda perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup bagi memastikan hasrat untuk mencapai berat badan ideal berjaya direalisasikan. 
Ingat, nak kurus bukan suatu perkara yang mudah. Diet yang berkesan itu perlu dilakukan dengan sebaiknya. Cabarannya sudah pasti ada. Apa yang penting, anda perlu berusaha secara berterusan bagi memastikan diet yang diamalkan berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

Jenis-jenis diet popular di Malaysia.

2. Nak Kurus : Azam Yang Konsisten

Apa jua perkara yang kita lakukan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah bosan dan berputus asa. Pastikan azam anda untuk kurus sentiasa konsisten. Sentiasa impikan kehidupan yang lebih sihat dan penampilan yang lebih menarik apabila diet yang dilakukan berhasil dengan jayanya. Apabila kita ada impian ia akan membantu menguatkan lagi azam seterusnya mendorong kita kekal positif dan bermotivasi. 


3. Nak Kurus : Pelajari Ilmu Nutrisi

Ilmu nutrisi sangat penting untuk dipelajari bagi anda yang serius nak kurus. Perkara asas seperti kandungan zat dalam setiap menu yang diambil penting bagi memastikan makanan yang diambil berkhasiat dan sesuai dengan diet yang diamalkan. Lebih-lebih lagi berkaitan kalori. Jika ilmu kalori pun kita tidak tahu, bagaimana nak pastikan diet kita berjaya? Sekiranya anda join Cabaran Kurus Online, semua ini akan anda perolehi melalui Coach Peribadi dan support group. Setiap hari kita akan mendapat ilmu baharu dan topik harian yang penuh informatif. Wahhhh, seronoknya dapat kurus dengan ilmu.

                           Cabaran Kurus Online : Dapat ilmu nutrisi dan diet sihat melalui aplikasi whatsapp, telegram, YouTube dan Facebook.


4. Nak Kurus : Disiplin Yang Tinggi

Sudah menjadi lumrah manusia sering tergoda dengan makanan yang sedap. Tidak hairanlah apabila ada makanan viral, berpusu-pusu orang untuk mendapatkannya. Ketika inilah pentingnya disiplin yang tinggi semasa berdiet. Jangan sesekali terpengaruh dengan ajakan rakan untuk menikmati makanan yang tidak sihat. Tanpa disiplin yang kuat segala perancangan serta usaha diet anda selama ini pasti tidak berhasil.



 5. Nak Kurus : Jangan Terlalu Drastik

Jangan terlalu drastik dalam membuat perubahan. Melakukan diet sihat memerlukan masa untuk tubuh kita menerimanya. Perubahan yang drastik hanya akan membebankan tubuh serta menyebabkan diri letih dan lesu.  Lakukan perubahan sedikit demi sedikit tetapi sentiasa konsisten dan berterusan. 

 6. Nak Kurus : Tambahkan Senaman

Amalan diet yang berkesan tidak tertumpu kepada aspek pemakanan semata-mata. Senaman dan aktiviti fizikal juga perlu diambilkira. Ini kerana senaman juga merupakan sebahagian daripada diet yang sihat. Ingat, diet yang berjaya adalah 80 % daripada pemakanan manakala 20 % lagi datangnya daripada senaman. 


Formula diet berkesan

Sekiranya anda serius nak kurus, ayuh sertai saya dalam Program Cabaran Kurus Online September Coaching. Intake baru bagi Projek Kurus Fit 1 Malaysia kini dibuka.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :






Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini
WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...