Skip to main content

NAK KURUS : HENTIKAN 7 TABIAT BURUK

7 TABIAT BURUK BUAT  DIET GAGAL



Anda seorang yang rajin bersenam ? Tapi,kenapa berat badan tak turun-turun ??? Dah gigih berdiet namun angka pada penimbang masih macam tu juga! Di mana silapnya ?😟😟😟

Cuba semak semula, adakah anda ada buat 7 tabiat buruk ini?

TABIAT BURUK 1 : DAHAGA, TAPI PILIH UNTUK MAKAN



Jangan keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, cuba minum air dan tunggu 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi?


TABIAT BURUK 2 : TAK AMBIL SARAPAN

Tidak bersarapan kononnya dengan harapan boleh kurus. Tapi sebenarnya meninggalkan sarapan adalah tabiat buruk yang boleh buatkan anda makan lebih banyak pada waktu tengah hari.


TABIAT BURUK 3 : MAKAN DEPAN TV, KOMPUTER ATAU TELEFON BIMBIT


Ramai yang suka buat tabiat buruk makan depan TV, komputer atau telefon bimbit. Inilah punca GEMUK sebenar sebab kita tak tengok jumlah makanan yang kita ambil. Akhirnya, kita terlebih makan. Jadi, elakkan makan sambil menonton sesuatu yang melalaikan.

TABIAT BURUK 4 : SUKA JADI ‘TONG SAMPAH’
Jika ada lebihan makanan, elakkan daripada menghabiskannya. Lakukan apa sahaja asalkan anda mengawal keinginan makan berlebihan. Jangan pula niat nak jadi ‘tong sampah’ kerana tak nak membazir! Elakkan buat tabiat buruk ni ye.


TABIAT BURUK 5 : TEMAN SI DIA MAKAN


Selalu berlaku, awalnya niat nak teman pasangan makan je. Tapi lepas tengok makanan, akhirnya terbabas sampai makan sekali
!😅 Tabiat buruk ini boleh gagalkan usaha diet anda tau.


TABIAT BURUK 6 : GUNA PINGGAN DAN MANGKUK BESAR



Tahukah anda bahawa saiz pinggan atau mangkuk besar buatkan anda makan berlebihan? Apabila ada banyak ruang pada pinggan ia buatkan makanan kelihatan sedikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutnya anda makan. Elakkan daripada mengamalkan tabiat buruk ini supaya tidak terlebih portion.


TABIAT BURUK 7 : IKUT KEINGINAN


Teringin makan itulah, makan inilah. Tabiat buruk ini selalunya merupakan masalah perempuan. Bila berat badan naik, barulah rasa menyesal.😱


𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!
PROJEK OKTOBER
Turun Berat 10 kg - 15 kg Sebelum Tahun Baharu 2023



✅Meal Plan Kurus Harian
✅Tips & Ilmu Kurus Dari Rumah
✅Idea Senaman Dari Rumah
✅Simple + Fun + Easy Coaching
✅Group Support & Personal Guide
✅100 % Komitmen dari Coach + Peserta
✅COACH PERIBADI

𝐌𝐞𝐚𝐥 𝐏𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐚𝐦𝐢:
🍚Boleh MAKAN NASI hari-hari
🍛Resepi & Idea Masakan Selera Kita
🥘Meal Plan yang Mudah & TAK COMPLICATED
🥗Kita fokus pada keseimbangan & Gaya Hidup Sihat
🍛Flexible Meal Plan & Boleh Je Makan Luar untuk Kurus
🥙Tak Perlu Eat Clean,Just Fokus MAKAN SIHAT

Antara testimoni peserta coaching kami:





Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...