5 TIPS DIET KETIKA BERCUTI
Cuti sekolah sudah bermula. Pastinya ramai yang merancang untuk
bercuti bersama keluarga. Bagi yang baru mula berdiet, usah risau. Bercuti pun
kita masih boleh teruskan berdiet tau.😉
Umumnya, semasa bercuti terdapat banyak variasi hidangan
unik yang disajikan. Lebih-lebih lagi jika kita bercuti di destinasi yang
mempunyai hidangan “trademark” bagi tempat tersebut. Inilah yang sering menjadi “godaan terbesar” kepada program diet kita.
Mana tidaknya, timbul keinginan yang kuat untuk mencuba
masakan viral saat bercuti. Secara tidak langsung, berakhir dengan kompromi
pada kesihatan. Oleh itu, bagi memastikan amalan pengambilan makanan sihat tetap
terjaga walaupun semasa bercuti, saya kongsikan beberapa tips. Tips ini berguna bagi
memastikan berat badan kita tetap terkawal ketika bercuti. Jika naik pun masih berada pada tahap yang munasabah.😊
1) Diet Ketika Bercuti : Pilih Sarapan yang Sihat
Kebanyakan hotel menawarkan menu sarapan. Anda akan
dihidangkan dengan banyak pilihan tidak kira secara buffet atau ala carte. Oleh kerana
sarapan adalah termasuk dalam kemudahan yang disediakan pihak hotel, nikmatilah
apa yang anda inginkan. Lebihkan pengambilan buah-buahan adalah pilihan
terbaik. Kebiasaannya, pilihan protein, karbohidrat dan serat termasuk dalam
menu yang disediakan. Perlu diingat, elakkan memilih ‘processed food’ seperti
sosej yang sering menjadi hidangan favourite di kebanyakan hotel.
Bagi saya pula, saya tetap dengan pilihan sarapan terbaik
HERBALIFE NUTRITION. Baru-baru ini, saya bercuti ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Nutrisi Herbalife menjadi benda penting yang saya bawa bersama. Setibanya di
tempat penginapan, perkara pertama yang saya lakukan adalah mewujudkan “Nutrition
Corner”. Secara tidak langsung, timbul keterujaan dalam diri. Ini kerana,
walaupun bercuti saya tetap boleh
menikmati breakfast dan dinner sihat seperti biasa.
2) Diet Ketika Bercuti : Sediakan Snek Sihat
Sediakan snek sihat yang mudah seperti buah-buahan atau kekacang. Saya memilih untuk membawa buah epal dan Protein Bar Herbalife Nutrition sebagai snek semasa bercuti. Protein Bar Herbalife saya bawa bersama dari rumah. Buah epal pula saya beli di kedai berhampiran. Tak perlulah kita angkut semua dari rumah. 😄 Boleh pilih buah-buahan yang senang diperolehi seperti pisang untuk dijadikan sebagai snek.
.Snacking Protein Bar Herbalife Nutrition semasa dalam perjalanan dari Limbang ke Labuan
3) Diet Ketika Bercuti : Pemilihan Makanan Yang Berbaloi
Ketika bercuti, kita cenderung untuk mencuba makanan tempatan di lokasi yang dikunjungi. Pastinya hal ini sukar untuk dielakkan. Namun, kita masih boleh untuk memilih makanan dan sayur-sayuran yang kurang berminyak. Hal ini penting bagi memastikan makanan yang kita ambil tidak jauh menyimpang daripada kebiasaan pengambilan makanan sihat kita sebelum ini. Justeru, buatlah pilihan bijak. Pilihlah makanan yang berbaloi dan dalam masa yang sama tetap memenuhi keperluan karbohidrat, protein dan seratnya.😀
4) Diet Ketika Bercuti : Ambil Minuman Tidak Berkalori
Sesekali kita culas dengan pengambilan makanan sihat sewaktu bercuti adalah perkara biasa. Namun, ia bukanlah 'tiket' untuk kita makan semahunya tanpa sebarang kawalan. Apa yang dapat kita lakukan adalah dengan memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari. Elakkan 'membazir' kalori dengan mengambil air manis. Sekurang-kurangnya, ia membantu mengurangkan beberapa kalori daripada pengambilan makanan harian anda. Pilihan saya selain daripada air kosong adalah Detoks Drink Herbalife Nutrition. Pengganti air manis yang rendah kalori yang sangat sedap.
Brisk walk berdekatan Sabah Gas Rancha-Rancha,Labuan
Hiking di Labuan Hiking Trail, Merinding
d) ATV Ride
e) Paddle Boat
f) Kayak
Tips yang saya kongsikan ini mungkin nampak remeh, tetapi anda boleh simpan tips ini. Amalkan tips ini ketika bercuti dan anda akan kembali daripada bercuti dengan perasaan lebih bahagia dan sihat. Di samping itu, anda tidak perlu risau kerana baju kerja anda akan tetap muat apabila kembali bertugas nanti. Apa yang penting, gambar semasa percutian pun tetap maintain dan tidak akan kelihatan agak 'berisi'.😎
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?
Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.
11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:
Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment