Skip to main content

SNACKING SIHAT BANTU PROSES TURUN BERAT BADAN

Snacking Sihat : Jangan Abaikan Jika Ingin Kurus

    Dalam proses menurunkan berat badan, antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah pengambilan snacking sihat. Namun begitu, masih ramai yang mengabaikan pengambilan snacking. Ini kerana mereka masih tidak memahami kepentingan snacking dan kaitannya dalam usaha menurunkan berat badan. Mari kita fahami apa itu snacking dan kepentingannya. 

   

Apa Itu Snacking?

Snacking atau kudapan merupakan makanan ringkas yang diambil di antara waktu makan utama. Contohnya, di antara waktu sarapan ke makan tengah hari. Seterusnya, di antara waktu makan tengah hari ke waktu makan malam. Sebaiknya, snacking diambil 3 jam selepas waktu makan utama. ( Breakfast & Lunch )

    Pengambilan snacking sihat amat penting bagi memastikan kita tidak terlalu lapar. Ini kerana, sekiranya kita terlalu lapar menyebabkan kita sukar untuk mengawal nafsu makan. Akhirnya, kita makan dalam kuantiti yang banyak tanpa memikirkan portion yang betul dan sesuai. Oleh itu, snacking amat penting dan perlu diambil 2 kali sehari.

 Contoh Snacking Sihat


Snacking yang baik dan sihat adalah seperti buah-buahan, roti gandum penuh (wholemeal), kekacang dan sayur. Apa yang penting, pastikan kalorinya tidak melebihi 200 kalori per hidangan. 





 Kepentingan Mengambil Snacking Yang Sihat


1. Stabilkan Gula Dalam Darah


Tahukah anda apabila anda meninggalkan pengambilan snacking, gula dalam darah akan menjadi terlalu rendah. Ini akan menyebabkan kita berasa amat lapar sekaligus menjadikan nafsu makan memuncak. Pengambilan snacking sihat mengikut masa yang disarankan pula menjadikan paras gula dalam darah menjadi lebih stabil dan normal. Sekaligus menjadikan selera makan menjadi lebih terkawal sepanjang hari.

2. Membantu Kenyang Lebih Lama


Pengambilan snacking sihat pada waktu yang disarankan menjadikan perut kita tidak berada dalam keadaan kosong dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, selera makan akan lebih terkawal. Pengambilan snacking juga ternyata sangat penting untuk membantu kenyang lebih lama. Secara tidak langsung, ia dapat mengawal selera makan kita supaya tidak memuncak seterusnya mengakibatkan berlakunya cravings.

3. Meningkatkan Metabolisme Badan


Metabolisme diibaratkan seperti enjin dalaman badan. Apabila kita mengambil snacking secara konsisten, tenaga yang berpanjangan dapat dibekalkan kepada enjin badan. Ini menyebabkan pembakaran kalori berlaku pada tahap yang optimum.

4. Memberi Tenaga Sepanjang Hari

Jangan pandang enteng pada snacking. Pengambilan snacking sihat mampu membekalkan kita tenaga sepanjang hari. Ini kerana snacking membantu mengelakkan perut berada dalam keadaan kosong dalam tempoh yang lama.


5. Mengawal Nafsu Makan Berlebihan

Bayangkan sekiranya kita tidak mengambil snacking antara waktu selepas sarapan dan makan tengah hari. Perut kita berada dalam keadaan kosong hampir 5 hingga 6 jam. Jika dibiarkan, perut akan menjadi sangat lapar. Ini menjadikan kita berpotensi besar untuk mengambil makanan yang sangat banyak pada waktu makan utama berikutnya.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat



Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:








Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...