Skip to main content

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

 NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI


Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut. 

Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan: Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.
 

Tabiat buruk #2 Kurang Rehat dan Tidur: Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori dan karbohidrat.


Tabiat buruk #3 Makan Lagi Selepas Makan Malam: Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar. 



Tabiat buruk #4 Kurang Minum: Pengambilan air  yang tidak mencukupi boleh mengelirukan isyarat lapar dengan dahaga. Ini menyebabkan kita cenderung mengambil makanan tambahan yang tidak perlu.

Tabiat buruk #5 Membeli Makanan dalam Keadaan Lapar: Membeli makanan ketika lapar seringkali menyebabkan pilihan makanan yang kurang sihat dan pembelian berlebihan. Jadi, elakkan membeli ketika terlalu lapar. Sebaiknya, buat senarai makanan sihat yang ingin dibeli untuk dijadikan stok di rumah.



Tabiat buruk #6 Minum Minuman Berkalori Tinggi: Pengambilan minuman manis seperti soda, jus buah dan minuman berkafein yang manis menambah jumlah kalori. Kesudahannya, kita naik berat tanpa sedar. Ruginya bazirkan kalori pada air manis kannn?


Tabiat buruk #7 Melewatkan Sarapan Pagi: Perbuatan ini nampak remeh. Tetapi, melewatkan mengambil sarapan boleh menyebabkan pengambilan makanan berlebihan pada waktu makan berikutnya. Kita juga akan cenderung memilih makanan cepat saji yang tinggi kalori sebagai ganti makanan yang tidak diambil pada waktu pagi.

Jadi,adalah lebih baik jika kita elakkan atau kurangkan tabiat-tabiat ini. Jom kita tanamkan azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tahun 2024 sudah berada di pertengahan. Apa khabar Azam Kurus anda pada awal tahun yang lalu? Ayuh, kita tetapkan hati & nekad untuk turunkan berat demi kesihatan tubuh badan💪🏻🔥🔥🔥
Jom join saya untuk dapatkan hasil yang anda impikan. Jika saya boleh, anda juga boleh melakukannya. Beri peluang kepada diri untuk buat perubahan demi kesihatan sendiri. Health is wealth. 💗


•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.

𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta coaching kami:




Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...