Skip to main content

KENALI MAKANAN BAIK UNTUK USUS

7 MAKANAN BAIK UNTUK USUS BESAR




    Usus merupakan salah satu organ dalam tubuh yang berfungsi penting dalam sistem pencernaan. Secara umumnya, usus besar memiliki fungsi untuk mencerna makanan dan membuang sisa makanan keluar daripada tubuh.

    Tahukah anda bahawa makanan yang kita ambil setiap hari akan mempengaruhi kesihatan usus, termasuk usus besar. Jadi, apakah makanan yang baik untuk diambil bagi menjaga kesihatan usus besar? Jom kita semak bersama.

#1 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : QUINOA

Semangkuk Quinoa memiliki serat tinggi yang boleh membersihkan usus besar. Menurut laporan dari Harvard T Chan School of Public Health 2017, makan tiga portion quinoa setiap hari dapat menurunkan risiko Kanser Kolorektal sebanyak 17 %. (Kanser kolorektal adalah kanser yang melibatkan kolon dan rektum)

#2 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : KEKACANG DAN LENTIL

Kekacang seperti kacang dan lentil juga mengandungi serat. Kemungkinan mendapat polip kolon adalah 35 % lebih rendah bagi orang yang makan kekacang dan sumber berasaskan tumbuhan. (Polip kolon merupakan pengumpulan sel-sel kecil yang terbentuk di atas lapisan kolon. Kebanyakkan tidak berbahaya. Namun sesetengahnya boleh menjadi kanser kolon, di mana ia boleh membawa maut jika ditemui di peringkat yang lewat. Polip kolon berlaku dan berkembang di dalam usus besar (kolon).)

#3 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : CHIA SEEDS


Dua sudu makan Chia Seeds mengandungi 10 gram serat (40 peratus daripada keperluan harian). Mengambil serat sesuai dengan keperluan dapat menjaga kesihatan usus besar.

#4 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : SAYURAN HIJAU

Sayuran merupakan sumber serat terbaik untuk membersihkan usus besar. Satu kajian menemukan, makan satu hidangan sayuran hijau yang dimasak dapat menurunkan risiko kanser usus besar sehingga 24 %. 

#5 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : IKAN BERLEMAK BAIK (OMEGA 3)

Penghidap Kanser Kolorektal perlu meningkatkan pengambilan Omega 3 daripada ikan berlemak seperti Salmon dan Sardin. Lemak Omega 3 dapat menghentikan pertumbuhan sel kanser bahkan mendorong kematian sel kanser usus besar.

#6 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : KACANG WALNUT

Walnut mengandungi serat dan asid lemak omega 3 dalam bentuk Asid Alfa Linolenik. Makanan ini juga boleh membersihkan usus besar. (Asid Alfa Linolenik :Alpha-Linolenic Acid merupakan salah satu zat kimia penting yang dapat ditemukan di dalam kandungan omega-3. Alpha-Linolenic Acid dianggap penting kerana zat kimia ini diperlukan oleh tubuh dalam proses pertumbuhan manusia.)

#7 MAKANAN BAIK UNTUK USUS : YOGURT

Produk susu fermentasi yang kaya probiotik sihat ini baik untuk usus. Menurut penelitian yang diterbitkan dalam International Journal of Cancer, pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko Kanser Kolorektal sebanyak 38 %. 

    Sesungguhnya, usus sihat menyumbang kepada sistem imun tubuh yang kuat, kesihatan jantung, kesihatan otak, mood lebih baik, tidur berkualiti, dan pencernaan berkesan.

    Perubahan gaya hidup yang anda lakukan melalui pengambilan makanan untuk usus sihat boleh memberi kesan positif kepada kesihatan usus dan kesihatan anda secara keseluruhannya. 

Sedar tak sedar, Ramadan bakal menjelang tiba. Sudahkah anda bersedia mempersiapkan diri  untuk beribadah dengan lebih produktif tahun ini? Mari tingkatkan kesihatan usus dan kesihatan tubuh badan sempena Ramadan ini. 
 Jika anda ada IMPIAN menukar saiz baju pada Hari Raya 2023 nanti  ayuh sertai saya dalam program Cabaran Kurus Online : Projek Kurus Sebelum Raya.

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta coaching kami:





FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko







Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...