BERPUASA BERSAMA HERBALIFE NUTRITION
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menjelang ketibaan bulan Ramadan ramai yang bertanya cara untuk kekal sihat dan cergas bertenaga. Manakan tidak, Ramadan adalah bulan bonus untuk kita turun berat jika kena caranya. Bolehlah segak bergaya dan cantik menawan pada Hari Raya nanti.
Sebenarnya berpuasa dengan Herbalife pada bulan Ramadan ini banyak membantu diet saya . Saya percaya ada di antara kita yang mungkin berasa tidak selesa apabila terpaksa berasa lapar sepanjang hari . Sebab itulah pemilihan makanan yang seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka amat penting dan boleh membantu kita untuk lebih bertenaga pada bulan Ramadan. Justeru, pemilihan Herbalife Nutrition untuk berpuasa adalah pilihan yang terbaik untuk saya pada bulan Ramadan.

7 sebab kenapa saya memilih Herbalife Nutrition ketika berpuasa. Jom semak bersama-sama.
# 1) Berpuasa dengan Herbalife : Rendah Kalori
Formula 1 Herbalife mengandungi kalori yang sangat rendah. Satu hidangan hanyalah kira-kira 100 kcal sahaja. Ia sangat membantu dalam amalan defisit kalori yang digunakan untuk menurunkan berat badan.
# 2) Berpuasa dengan Herbalife : Tinggi nutrisi
Formula 1 Herbalife merupakan pengganti makanan yang membekalkan mikro nutrien terpenting yang diperlukan dalam diet seharian. Di dalamnya juga mengandungi sumber protein yang tinggi dan berkualiti. Selain itu, ia juga mengandungi protein soya, serat dan nutrien yang membantu menyokong metabolisme dan pertumbuhan pembaikan selular. Ia juga mengandungi Vitamin A,C dan E serta kalsium dan potassium.
# 3) Berpuasa dengan Herbalife : Rendah Glisemik Indeks
Formula 1 Herbalife telah diuji untuk GI Rendah.Glisemik Indeks (GI) adalah pengukuran yang dijalankan ke atas makanan yang mengandungi karbohidrat dan kesannya terhadap gula dalam darah kita. Glisemik Indeks (GI) adalah penarafan karbohidrat pada skala dari 0 hingga 100 mengikut tahap peningkatan paras gula dalam darah selepas makan. Makanan GI rendah, berdasarkan penghadaman dan penyerapan yang perlahan, menghasilkan peningkatan secara beransur-ansur dalam gula darah dan paras insulin. Kebanyakan organisasi penjagaan kesihatan menggunakan sistem penarafan "tinggi," sederhana" dan "rendah" untuk GI. Menggunakan sistem ini, makanan dikelaskan mengikut cara berikut. Herbalife shake adalah 15-20 iaitu berada dalam julat GI rendah.
# 4) Berpuasa dengan Herbalife : Rendah gula
Kandungan gula semulajadi yang terkandung dalam Formula 1 Herbalife hanyalah 15g per serving. Bayangkan jika anda makan nasi lemak, kandungan gula dalam satu hidangan nasi lemak sahaja sudah mencecah 150g! Wahhh, banyaknya jumlah gula yang boleh "dijimatkan" dengan menggantikan sajian sahur kepada Formula 1 Herbalife! 😍
# 5) Berpuasa dengan Herbalife : Mudah dan ringkas untuk disediakan
Formula 1 Herbalife juga sangat mudah disediakan tau! Anda dah tak perlu fikir nak masak apa semasa bersahur. Sesuai sangat untuk orang yang sibuk!
# 6) Berpuasa dengan Herbalife : Sedap
Ada 6 pilihan perisa Formula 1 Herbalife yang anda boleh pilih iaitu Dutch Chocolate, Vanilla, Strawberry, Cappuccino, Tropical Fruits dan Cookies n Cream. Berita baiknya sekarang kita ada satu perisa tambahan iaitu Orange Cream. Perisa ni limited edition tau. Jangan lepasan peluang dan dapatkan segera selagi stok masih ada.
Kesemua perisa ni sedap. Namun, perlu diingat bahawa definisi sedap bagi setiap orang tu berbeza-beza mengikut citarasa. Secara peribadi perisa kegemaran saya adalah Dutch Chocolate, Cappucino dan Cookies & Cream.
# 7) Berpuasa dengan Herbalife : Mengenyangkan
Bersahur dengan Formula 1 Herbalife sangat mengenyangkan kerana ia adalah makanan yang penuh nutrisi berasaskan protein. Alhamdulillah, InshaAllah jika diizinkan Ramadan tahun ini merupakan Ramadan ke3 saya berpuasa dengan Herbalife Nutrition.

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, apa kata kita jadikan puasa kali ini lebih istimewa dan luar biasa. Kita tukarkan sahur dengan sajian istimewa Herbalife Nutrition. Rasai sendiri kelainannya apabila kita bersahur dengan 3 langkah mudah Herbalife Nutrition. 💖
Raya Transformation Challenge saya pada Raya 2022
Anda ada IMPIAN menukar saiz baju pada Hari Raya 2023 nanti ? Ayuh sertai saya dalam program Cabaran Kurus Online : Projek Kurus Sebelum Raya.
SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE
Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?
Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍
Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.
11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Antara testimoni Raya Transformation Challenge peserta coaching kami pada tahun 2022:
Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!
Comments
Post a Comment