Skip to main content

NAK KURUS : BOLEH KE MAKAN DI LUAR?

 NAK KURUS : 4 TIPS MAKAN DI LUAR

    Ramai orang yang gagal dalam usaha nak kurus dek kerana tidak tahan dengan godaan makanan yang menyelerakan ketika makan di luar bersama rakan ataupun keluarga.  Jadi, tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu penyebab program diet anda selalu tersasar dari landasan.
    Namun, usah risau. Sebenarnya, nak kurus kita masih boleh menikmati makanan di luar. Jom, saya kongsikan 4 tips makan di luar walaupun sedang berdiet. 

Tips 1 Makan di Luar : Elak order air manis

Tips pertama ini sangat mudah. Elakkan memesan air manis, pilih air kosong lebih berbaloi. Air kosong zero kalori. Selain dapat menjimatkan kalori, kita juga dapat menjimatkan perbelajaan. Tahukah anda bahawa orang Malaysia sangat kreatif bab makanan. Ada bermacam-macam nama minuman dalam senarai menu. Fuhhhh..macam contoh menu kat bawah ni. Menu teh sahaja dah ada 16 nama. Macam-macam ada. Tapi ingat, kalorinya juga pasti tinggi. Nak kurus, buat pilihan bijak.

16 menu teh 


Tips 2 Makan di Luar  : Pilih menu yang paling "clean"

Jika di restoran atau kedai makan tersebut ada menu "clean" seperti  kukus, grill dan panggang, pastinya ia adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh memesan protein ayam atau ikan. Jangan risau jika tiada menu seperti itu. Anda masih boleh memilih menu yang berkuah seperti masak lemak, kari atau pun sup. Tetapi, hadkan kuahnya kepada 2 sudu sahaja. Ini kerana kalori yang tinggi terletak pada kuah. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk makan dengan kuah banjir jika nak kurus. Awas, kuah banjir adalah lubuk kalori.Untuk sayur pula, pilih yang tidak bergoreng lebih baik seperti ulam-ulaman. 

Implikasi jika makan nasi kuah banjir 


Tips 3 
Makan di Luar  : Makan dengan perlahan

Badan manusia sangat bijak dan memerlukan masa untuk menghantar isyarat kenyang ke otak. Kira-kira 20 minit diperlukan untuk proses ini. Jadi, apabila kita makan terlalu laju menyebabkan signal kenyang belum sempat sampai ke otak. Ini menyebabkan kita akan berpotensi untuk makan terlalu banyak melebihi portion yang sepatutnya. Bagi memastikan perkara ini tidak terjadi, apa kata makan secara perlahan-lahan. Kunyah sekurang-kurangnya 20 kali kunyahan. Selain itu, makan dengan perlahan juga dapat mengelakkan kita daripada tercekik ketika makan.

Sebab perlunya makan dengan perlahan


Tips 4 Makan di Luar : Elakkan makanan yang bersos

Tips yang terakhir pula adalah elakkan mengambil makanan yang mengandungi sos. Ini kerana makanan yang bersos mengandungi kalori,gula dan garam  tersembunyi yang sangat tinggi. 

Gula merupakan ramuan yang terbanyak dalam sos

Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda. Jommm kita pecut kurus Disember ini. Insha Allah boleh tukar saiz sebelum tahun 2023. New Year, New Me...yeayyyy


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE

Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍

Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program

👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat

Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


Antara testimoni peserta :





FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...