Skip to main content

3 KESAN TIDAK CUKUP TIDUR PADA PROSES TURUN BERAT BADAN

TURUN BERAT BADAN : PERLU CUKUP TIDUR



    Tahukah anda bahawa jadual tidur yang tidak menentu akan mengganggu proses penurunan berat badan? Nampak macam remeh, tapi membawa kesan jika tidak diberi perhatian. Persoalannya, adakah cukup tidur ini penting ? Jawapannya sudah pastilah YA! Tidur yang mencukupi juga akan menjadikan kita lebih cergas dan produktif. 


Kesan Tidak Cukup Tidur :  #1 Susah Kawal Emosi

                                        

Seseorang yang tidak cukup tidur akan susah mengawal emosi. Ini kerana badan yang tidak mendapat rehat secukupnya membuatkan kita mudah moody. Secara tidak langsung, ia memberi kesan negatif pada progres diet. Hal ini juga boleh menyebabkan kita tidak lalu makan atau terlebih makan. Semuanya bergantung kepada emosi individu itu sendiri dan cara untuk mengendalikan stress. Ada orang yang melepaskan tekanan atau stress dengan makan dalam kuantiti yang banyak. Ada pula yang terlalu stress sehingga tidak lalu makan. 



Kesan Tidak Cukup Tidur :  #2 Cepat Lapar


Ada kajian menunjukkan bahawa individu yang tidak cukup tidur mengalami peningkatan selera makan. Hal ini disebabkan oleh kesan tidur terhadap dua hormon lapar yang penting, iaitu ghrelin dan leptin.

Ghrelin ialah hormon yang dikeluarkan pada perut yang memberikan isyarat rasa lapar pada otak. Hormon ini berada pada tahap yang tinggi sebelum kita makan, iaitu ketika perut kosong. Ia akan kembali rendah setelah kita selesai makan.

Leptin pula ialah hormon yang dilepaskan daripada sel-sel lemak. Hormon ini menekan atau menyekat rasa lapar dan menghantar isyarat kenyang kepada otak.

Apabila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi, tubuh badan akan menghasilkan lebih banyak ghrelin dan sedikit leptin. Hal ini  menjadikan kita berasa lapar dan kemudiannya meningkatkan pula selera makan. 



Kesan Tidak Cukup Tidur :  #3 Metabolisme Menurun


                                            

Apabila kita tidak cukup tidur, badan akan menjadi lemah.  Ini menyebabkan  metabolisme akan  menurun. Jadi, berat badan akan mudah  naik walaupun mengambil makanan yang sama setiap hari. Kesan jangka masa panjang, kurang tidur akan menyebabkan gangguan metabolisme yang boleh merangsang kadar gula dalam darah meningkat. 

    Kesimpulannya, tidur lewat tidak baik untuk progress diet. Selain daripada rasa lapar, ia juga tidak bagus untuk recovery badan.

SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :






Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!

FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko




Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

5 TIPS TURUN BERAT PADA BULAN RAMADAN

TURUN BERAT SEMASA BERPUASA Analogi pemikiran kita lazimnya  mengandaikan bahawa bulan puasa adalah masa terbaik untuk menurunkan berat badan. Ramai yang menganggap setelah lebih 12 jam berpuasa dengan tidak menjamah walaupun setitis air akan memberi jaminan  proses diet sedang berlaku sekaligus memudahkan proses  untuk kurus.     Selepas berjam-jam lamanya menahan lapar dan dahaga, kuantiti minuman dan makanan pula didakwa boleh diambil secara berlebihan demi mengimbangi tenaga yang telah hilang. Sejauh mana kebenarannya?     Tahukah anda bahawa   semua teori dan praktik itu salah sama sekali.  Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk mengurangkan berat badan selain mengamalkan diet seimbang dan mengawal pemakanan. 2 asas paling penting dalam menurunkan berat badan semasa berpuasa ialah: i. Berpuasa sahaja tidak akan menyebabkan berat badan anda turun. Mengawal pemakanan semasa sepanjang sahur dan berbuka adalah perkara yang paling pe...