Skip to main content

NAK KURUS : 5 PETUA DIET BERJAYA

 NAK KURUS : BUAT 5 PERKARA


     "YOU ARE WHAT YOU EAT". Anda adalah apa yang anda makan! Makan bukanlah sekadar memuaskan perasaan lapar. Pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

    Kebanyakan orang menikmati gaya pemakanan yang tinggi dengan kalori tetapi kurang bernutrisi. Tabiat pemakanan yang buruk boleh memberi impak dalam hidup. Makanan yang mempunyai kalori  tinggi tetapi rendah kandungan vitamin dan mineral boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

    Jadi, apakah yang perlu kita lakukan jika nak kurusSaya kongsikan 5 petua diet berjaya yang boleh kita amalkan jika nak kurus. 

NAK KURUS :  BELAJAR ILMU NUTRISI



Langkah pertama jika berhasrat memulakan diet adalah pengetahuan mengenai ilmu nutrisi dan keperluan badan. Kita perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan. Perkara ini nampak remeh tetapi percayalah, jika anda sudah faham mengenainya pasti segalanya menjadi semakin mudah untuk diamalkan. Sebab itulah juga misi kami dalam program Cabaran Kurus Online untuk memberikan ilmu berkaitan nutrisi dan kesihatan kepada semua peserta. Barulah kita boleh enjoy kurus dengan ilmu.


NAK KURUS :  AMBIL SARAPAN SIHAT



Pengambilan sarapan yang sihat sangat penting. Sarapan  sihat bermaksud makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral. Pengambilan sarapan sihat membantu mengelakkan kita daripada rasa lapar yang melampau. Jadi, kita tidak akan makan mengikut hawa nafsu semasa hidangan tengah hari. Secara tidak langsung, kita boleh mengawal pengambilan kalori harian seterusnya dapat membantu proses turun berat badan.


NAK KURUS :  AMBIL PROTEIN SIHAT RENDAH LEMAK YANG MENCUKUPI. 


Protein merupakan makronutrien yang memberi kepuasan serta mengenyangkan kita lebih lama. Telur, dada ayam, ikan, tempe, susu dan yogurt merupakan contoh sumber protein rendah lemak yang sesuai diambil jika nak kurus.  


NAK KURUS : TUMPUKAN PADA KARBOHIDRAT SIHAT


Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh adalah sumber karbohidrat yang sihat. Sayur-sayuran mempunyai kalori  paling rendah, diikuti buah-buahan dan bijirin. Kesemuanya adalah penting untuk diet yang sihat. Meskipun begitu, apabila anda nak kurus, alihkan tumpuan anda kepada pengambilan sayuran yang lebih banyak. 


NAK KURUS : JAGA PENGAMBILAN LEMAK DAN TUMPUKAN PADA LEMAK SIHAT

Kalori dalam lemak bertambah dengan cepat. Apa kata, cuba kurangkan pengambilan lemak dalam diet seberapa banyak yang boleh. Guna sedikit lemak sihat seperti minyak zaitun atau kekacang. Pengambilan avokado untuk menambahkan rasa dalam makanan digalakkan. Pastikan jangan berlebihan kerana semua makanan tetap mengandungi kalori walaupun termasuk kategori makanan sihat.


NAK KURUS : AMALKAN KAWALAN HIDANGAN

Membuat pilihan makanan yang tepat, tetapi masih makan terlalu banyak membuatkan anda tidak berjaya dalam proses nak kurus.  Apa kata, amalkan pinggan sihat Malaysia menggunakan konsep suku-suku separuh. Cara yang sangat mudah kerana boleh menggunakan tapak tangan sebagai panduan. 

Sekiranya anda serius nak kurus, ayuh sertai saya dalam Program Cabaran Kurus Online October Coaching. Intake baru bagi Projek Kurus Oktober kini dibuka.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni peserta :






Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...