Skip to main content

Dahulu vs Sekarang

 Fashida Dahulu vs Fashida Sekarang

    Assalamualaikum semua. Hari ni nak share pengalaman saya baru-baru ni. Sabtu dan Ahad lepas, saya telah menjadi Guru Pengiring dalam Perkhemahan Pengakap Skim Lencana Keris Gangsa Sekolah Rendah Peringkat Daerah Limbang.

Ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Tanjong

    Saya tiba di lokasi agak lewat. Maklumlah, tidak seperti dalam perancangan awal. Pada mulanya, kami bercadang untuk bergilir-gilir. Jadi, apabila diminta Guru Pengiring wanita berada di lokasi, kelam-kabut dibuatnya. Baru nak kemas segala kelengkapan. Sampai di sana, peserta baru saja selesai minum pagi. Kehadiran saya disambut oleh bekas murid di sekolah lama. Walaupun memakai mask, mereka tetap mengenali saya...hihi..Alhamdulillah

Yeayyy...Jumpa murid SK Sungai Poyan

    Seterusnya, kami bergerak ke tapak perkhemahan. Saya turut mendirikan khemah berhampiran khemah pasukan sekolah saya. Rupa-rupanya, tapak pasukan SK Sungai Poyan tidak jauh dari tapak perkhemahan kami. Sempatlah saya berjumpa dengan murid yang lain pula. Wahhhh, setahun lebih saya tinggalkan mereka. Ramai yang sudah berubah. Ada di antara mereka yang hampir saya tidak kenal. Berjejak kasihlah kami seketika.

Kebanyakan daripada mereka merupakan murid kelas saya dahulu. (Saya Guru Kelas mereka dari Tahun 1)


                                                                           Bersama Hazim & Ahadiat

    Baiklah....kita tinggalkan kisah jejak kasih. Setelah 2 tahun aktiviti seumpama ini tidak diadakan, pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang. Aktiviti pada petang itu diteruskan dengan aktiviti berpangkalan. Semasa murid meneruskan aktiviti, kami Guru Pengiring wanita diminta untuk membantu membancuh air untuk minum petang. Saya sempat berkenalan dengan 2 orang guru baharu yang mengajar di SK Sungai Poyan, sekolah lama saya. Seronok dapat berkenalan dengan mereka. Sayangnya mereka datang secara bergilir sahaja. Jadi, mereka tidak sentiasa berada di lokasi.

                                                                        Bersama Balqis & Lavania

                                                                                  AJK Minum Petang😊

    Aktiviti pada sebelah malam pula adalah Solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Kali ini dapat meluangkan lebih masa dengan murid perempuan SK Sungai Poyan. Selepas Isyak, kami berpeluang makan malam bersama-sama. Selepas makan malam, peserta meneruskan aktiviti mengikut jadual.



 
    Sebelum meneruskan aktiviti pada hari kedua, peserta bersarapan ringan terlebih dahulu. Sementara itu, saya duduk bersendirian. Rakan Guru Pengiring wanita dari sekolah lain belum tiba lagi.
    Tiba-tiba, saya didatangi 2 orang Guru Pengiring lelaki sekolah lain. Sempatlah kami bercerita. Jeng..jeng..jeng..salah seorang daripadanya merupakan bekas Guru Besar saya. Dari semalam lagi saya dah perasan dengan kehadirannya. Namun, belum sempat lagi menegur beliau. Dipendekkan cerita, rupa-rupanya beliau tidak mengenali saya. Patutlah reaksinya seperti orang yang baru pertama kali berjumpa. Lawaknya...Sampaikan Ustaz yang bersama beliau pula terpinga-pinga apabila saya nyatakan beliau bekas Guru Besar saya. Terlintas di fikiran Ustaz, macamana boleh tak kenal. Guru Besar pun mula 'pecah rahsia'. "Ustazah Fashida yang saya kenal bukan macam ni. " Siap panggil budak SK Sungai Poyan dan tanya kenal tak ni siapa? Budak tu kata kenal...Murid tetap kenal saya walau saiz berbeza.😍 Yalah, dahulu saya saiz XXL.. Sekarang dah saiz S.😂
    Petang kelmarin pun ada juga seorang rakan yang tak mengenali saya. Dahulu, kami satu batch sambung belajar di IPG. Kami juga pernah berprogram bersama-sama. Apabila ada yang memberitahu beliau bahawa orang yang berada di tapak perkhemahan itu adalah saya, beliau hampir tak percaya. Tengok dari jauh memang macam bukan. hahaha😂😂😂 Sebelum balik beliau sempat menegur saya. Baikkk, saya pasrah je bila orang tak kenal..hihi
    Hari terakhir di tapak perkhemahan, "tambah koleksi" lagi orang yang tak kenal. Yang ni pula rakan seperjuangan Jurulatih Pusat KoKurikulum Purusia (JU Asas 2013). Sebenarnya, semalam kami ada duduk bersebelahan di tepi pentas. Tapi, dia seolah-olah tak kenal. Saya pula segan nak menegur. Rupanya, dia ingatkan saya guru baharu. Hahaha..."Yalah, saya ni baru je posting.'' ( Padahal dah 17 tahun berkhidmat).
    
    Apabila GB sekolah lama sampai dah tak kenal😅 Kawan sama-sama sambung belajar pun sampai tak perasan😄 Paling dahsyat geng Jurulatih Pusat Kokurikulum  pun ingat guru baharu😂 Duduk sebelah pun boleh tak perasan☺️Balik dari perkhemahan,saya cari gambar lama. Ok...boleh terima. Memang jauhhhh beza DAHULU vs SEKARANG. Walaupun duduk seLimbang, memang jarang berjumpa. Ada aktiviti begini la peluang jumpa semula.


Baju hijau hari terakhir saya di SK Sungai Poyan ( April 2021 ) vs Terkini ( Oktober 2022 ) Sebab tu GB tak kenal😉






     Jadi, anda nilailah sendiri. Saya menjadi orang baharu dengan saiz yang baharu. Setelah berjaya menurunkan 23.65 kg saya dapat banyak perubahan positif. Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Syukur kerana diberi kesedaran untuk berubah. Agaknya apa akan jadi jika saya tidak mengambil langkah yang pertama untuk berubah? Tidak mustahil berat saya makin bertambah saban tahun. 

Jika anda dah cuba macam-macam cara untuk turun berat namun tak berjaya, jangan putus asa. Apa kata, beri peluang kepada saya untuk bantu anda.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat



Jommm....Projek Oktober sudah dibuka. Inilah peluang untuk anda turun berat 10-15 kg sebelum tahun 2023. New Year New Me!!!!

Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko


Comments

  1. MASYAALLAH LUAR BIASA SANGAT AKAK! TAHNIAH KAK SHIDA DEARRRR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Coach Azura banyak bantu akak dalam 'journey' ini ❤❤❤

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...