Skip to main content

4 CARA LIHAT PROGRES TURUN BERAT BADAN

 CARA UKUR RESULTS TANPA PENIMBANG

    Dalam proses menurunkan berat badan secara sihat, adakalanya berat kita tidak turun setiap minggu atau bulan. Kebiasaannya, penurunan pada minggu pertama adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan minggu berikutnya. Namun, semua itu bergantung kepada tahap disiplin serta komitmen yang diberikan oleh individu tersebut. 

    Proses penurunan berat badan bukanlah mudah seperti yang dijangka. Ia memerlukan ketabahan hati dan sentiasa istiqomah dalam melakukan diet. Barulah diet tidak mudah ke 'laut dalam'.

Progress Turun Berat : Jangkaan vs Realiti

    Mungkin anda pernah mendengar tentang Plateau di mana berat stuck di angka yang sama. Adakah anda sedang mengalaminya sekarang? Sebenarnya, badan kita ini sangat unik. Kadang-kadang, kita tidak dapat melihat perubahan  badan kita hanya pada angka penimbang semata-mata. Ini kerana ia melibatkan seluruh anggota badan kita. 

    Untuk pengetahuan anda, angka di penimbang bukanlah ukuran sebenar yang boleh dijadikan sebagai benchmark untuk mengatakan bahawa seseorang itu turun berat badan secara sihat atau tidak. Jom lihat contoh di bawah :


Berat yang sama tapi berbeza  komposisi otot dan lemak

    Apabila kita mula DECIDE untuk  menurunkan berat badan, jangan mudah berputus asa. Sebelum anda terfikir untuk berputus asa dalam perjalanan turun berat badan ini, saya ingin kongsikan bagaimana melihat progres turun berat badan tanpa menghiraukan angka di penimbang. 

1. UKUR RESULTS TANPA PENIMBANG : PITA PENGUKUR

Dalam program Cabaran Kurus Online (CKO) kami sangat menggalakkan kepada peserta supaya memiliki pita pengkur. Pada awal-awal program, peserta diminta membuat ukur lilit badan. Ini kerana, sekiranya ada yang kecewa jika berat di penimbang tidak berubah, peserta disarankan untuk menyemak ukur lilit badan mereka yang terkini. Kebiasaannya, peserta akan terkejut kerana berlaku pengurangan inci walaupun berat hanya turun sekitar 500 gram sahaja. Jadi, jangan lupa untuk jadikan pita pengukur sebagai kawan baik anda.😄 Mengambil bacaan ukur lilit badan sangat penting supaya mudah untuk merujuk perubahan inci yang berlaku sepanjang weight loss journey anda.



Cara ambil bacaan ukur lilit 

2. UKUR RESULTS TANPA PENIMBANG : BAJU LAMA

Anda masih simpan baju lama? Mesti ada baju lama yang anda teringin untuk memakainya semula kan? Baju lama juga boleh kita jadikan sebagai  kayu ukur untuk melihat sama ada kita berjaya dalam proses turun berat badan. Bayangkan, jika angka di penimbang tidak turun tetapi anda sudah boleh muat pakai baju yang lama . Saya percaya anda pasti rasa gembira dengan kejayaan ini bukan? Usaha anda selama ini berbaloi.

Blazer yang ditempah semasa masuk maktab Tahun 2002.
(diukur ikut badan sendiri semasa saya berusia 19 tahun)
Eh, blazer ni dah 'berusia' 20 tahun 😍

3. UKUR RESULTS TANPA PENIMBANG : CERGAS, BERTENAGA DAN STAMINA MENINGKAT

Sebelum ini, jika anda naik tangga, anda berasa sangat mengah dan perlu rehat sebentar untuk sambung naik tangga kembali. Tetapi, setelah beberapa bulan anda mampu naik tangga tanpa rasa mengah. Begitulah yang saya alami sendiri. Subhanallah nikmat yang tak terhingga. Ini bermakna, walaupun angka di penimbang tidak turun dengan banyak tetapi saya  sendiri dapat rasakan tahap tenaga  semakin baik. Inilah perubahan positif yang kita mahukan. 


Testimoni yang saya kongsikan dalam group coaching selepas 5 musim join CKO. Pada bulan tersebut berat yang turun hanyalah 1.7 kg sahaja namun perubahan yang berlaku pada diri sangat besar.

4. UKUR RESULTS TANPA PENIMBANG : TIDUR BERKUALITI

Apakah yang dimaksudkan dengan tidur berkualiti? Ramai orang salah tanggapan mengenai tidur yang mencukupi. Ada yang berpendapat mengatakan tidur perlu lama supaya kita dapat tidur yang mencukupi. Sebenarnya, bagi orang dewasa memadai tidur sekitar 5-6 jam. Apa yang penting adalah kualitinya. Dahulu, sebelum menyertai CKO walaupun saya tidur sekitar 5-6 jam, namun tidur saya tidak berkualiti kerana saya sering tersedar kerana megalami kebas kaki. Berbeza setelah berjaya menurunkan berat sebanyak 23.65 kg, saya tidak lagi mengalami masalah tersebut. Walaupun adakalanya saya tidur sekitar 4 jam sahaja, namun setiap kali bangun tidur, badan jadi lebih segar dan bertenaga. Ini bermakna  kualiti tidur bukan bergantung kepada kuantiti masa tidur tetapi kualiti di dalamnya. Kualiti tidur juga boleh dijadikan sebagai salah satu benchmark yang  bagus untuk dijadikan panduan dalam progres turun berat badan. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Cuba turunkan berat badan, anda pasti akan rasa perbezaan kualiti tidur anda. 



SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE

•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐁𝐢𝐥𝐚?
•𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡,𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍?
•𝐍𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍
•𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐌𝐏𝐈𝐀𝐍,
•𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍.

𝐋𝐞𝐭𝐬 𝐃𝐨 𝐈𝐭 ✅ 
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠


Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT.


11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program

👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Antara testimoni terbaru peserta coaching kami:







FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

JOURNEY TURUN BERAT BERSAMA HERBALIFE NUTRITION

 SETAHUN YANG INDAH BERSAMA  CABARAN KURUS ONLINE & HERBALIFE NUTRITION         Saya memulakan journey turun berat dengan menyertai Program Cabaran Kurus Online. Kesedaran timbul apabila saya dapati berat badan saya pada ketika itu sudah berada pada BMI Obese 1😱😱😱. (Rujuk gambar di bawah untuk semak BMI anda). Timbul kebimbangan dalam diri kerana apabila berat badan bertambah kita berpotensi tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit. Nauzubillah...          Akhirnya, saya nekad untuk melakukan perubahan. Dipendekkan cerita, saya diperkenalkan oleh adik saya dengan seorang coach yang merupakan seorang guru di sekolahnya. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Kurus Online (CKO), saya banyak membaca tentang produk Herbalife Nutrition di Facebook. Dalam diam saya berasa kagum dengan testimoni yang dikongsikan.       Oleh kerana banyak info yang saya tahu tentang Herbalife Nutrition sebe...

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

7 TABIAT HARIAN BOLEH NAIK BERAT BADAN

  NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut.  Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain  seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil.   Tabiat buruk #2  Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon   yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang   tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3  Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar.  Tabiat...