STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga
Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka. STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan. Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.
Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.🔥🔥🔥 (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujung STS Jun yang lepas, disiarkan promosi berkaitan event STS Julai. Saya dapati tarikhnya begitu cantik....Cantik???? Hihi... STS Julai akan diadakan pada 23 Julai 2022. Sehari sebelumnya merupakan cuti umum bagi Negeri Sarawak, Hari Sarawak. Yeayyy...ini bermakna saya ada peluang yang cerah untuk pergi ke sana.
Walaupun pada mulanya masih ragu-ragu untuk ke sana, langkah pertama yang saya ambil adalah membeli tiket STS. Jadi atau tidak terpulanglah. Apa yang penting tiket event sudah ada dalam tangan. Selepas join STS online, HeadCoach Azura ada bertanyakan feel selepas event. Jawapan saya ringkas sahaja. "Rasa jealoussss..nak g offline juga".... Sehari sebelum menghadiri Extravaganza Online, Coach Azura ada juga bertanya semula. "STS akak turun KL tak?" Saya sekadar menjawab " Jeng..jeng..jeng.."( Jawab macam ni sebab tiket Limbang-Miri dan Miri-Limbang tak beli lagi.) Kiranya memang belum pasti lagi😉 Coach Azura juga mengajak saya untuk hadir satu event yang lebih besar iaitu MDW yang akan diadakan pada bulan September depan. Sebenarnya saya dah semak tarikh event tu...Aturan Allah sangat cantik. Jika STS Julai jatuh sehari selepas Hari Sarawak, MDW pula sehari selepas Hari Malaysia. Wahhhh...macam kebetulan pula kan😍 Jadi, saya nyatakan perkara ni kepada Coach Azura. Beliau mencadangkan saya untuk membuat pilihan yang bijak dan berbaloi.
Sewaktu STS Jun secara online, saya menghantar whatsapp kepada Coach Zahidah. Saya ada menunjukkan screenshoot sessi Zoom STS Online yang saya hadiri dengan caption " Pintu Doraemon akak mampu tengok macam ni je😃" Pintu Doraemon antara 'gurauan' yang sering saya gunakan jika cemburu untuk berada bersama-sama team semasa event. Coach Zahidah juga turut mengajak saya untuk join STS pada bulan berikutnya (STS Julai). Ditambah lagi setiap kali menghadiri event online bersama HerbaChampion Team, para HeadCoaches akan mempromosikan event (STS) ini berkali-kali. Bertambah lagi la keinginan saya untuk merasai sendiri pengalaman berada di sana.
Ada beberapa perkara berharga yang dapat saya alami semasa STS ( tak dapat jika join online je ) :
1) MEMBANTU ACTION TEAM MEMBANCUH SHAKE
Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang membantu Action Team membancuh shake. Walaupun sekadar membantu sebentar sahaja, namun pengalaman itu sangat berharga.
Bersama PT Maryam Izzati yang amazing💗
My dear HeadCoach yang awesome...Coach Azura💗
( Dialah sifu saya dalam dunia blog ni 😍 )
4) BERKENALAN DENGAN KAWAN BAHARU
STS yang saya hadiri telah membolehkan saya menambah kenalan baharu. Salah seorang daripadanya adalah Lola yang berasal dari Cameron Highlands. Sempat berkenalan, bercerita dan bertukar-tukar nombor telefon😉
5) BERPELUANG BERGAMBAR BERSAMA SPEAKER JEMPUTAN
Alhamdulillah, selain daripada dapat mendengar kisah hidup dan onak duri yang perlu ditempuh sebelum meraih kejayaan seperti hari ini, saya juga berpeluang bergambar bersama Speaker jemputan ( PT IdaMan ). Mereka pernah melalui kesusahan dalam hidup, namun tetap bangkit dan mengorak kejayaan bersama Herbalife Nutrition. Sungguh luar biasa!
6) PERKONGSIAN DAPATAN DALAM POST MEETING
Selesai STS, HerbaChampion Team terus melakukan post meeting. PT Maryam meminta semua peserta yang baru pertama kali join untuk berkongsi perasaan serta dapatan daripada STS kali ini. Sebagai salah seorang peserta yang baru pertama kali join event ini secara bersemuka, saya juga berpeluang berkongsi dapatan kepada HerbaChampion Team.
7) PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN PRESIDENT TEAM MARYAM IZZATI
Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang duduk bersama President Team Maryam Izzati dan mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman beliau sepanjang berkecimpung dalam bisnes Herbalife Nutrition. Beliau banyak memberikan tips dan ilmu yang berguna untuk diaplikasikan apabila berhadapan dengan orang ramai di luar sana. Kisah dan pengalaman beliau sangat memberi inspirasi.Terima kasih, PT. Jasamu dikenang!
Mengutip ilmu berharga daripada PT Maryam.8) DUDUK SEMEJA DAN MENDENGAR PANDANGAN DAN PENDAPAT
Sesi malam tersebut diakhiri dengan peluang duduk semeja bersama PT Maryam & Hafiz, HeadCoach Azura dan saya sendiri. Banyak perkongsian ilmu serta pandangan dan pendapat yang mereka berikan.
👉Coaching harian
👉Guide cara makan & penyediaan
👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari
👉Makan 5-6 kali sehari
👉Boleh makan nasi hari-hari
👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih
👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU
👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat
👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )
👉Personal coaching untuk soal jawab harian
👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat
Comments
Post a Comment