Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

DARI ALAM MAYA (ZOOM) KE ALAM REALITI

STS Seremban (Julai) : Pengalaman Berharga Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini. Maaf kerana sudah lama 'menyepi' tanpa sebarang coretan😊 Alhamdulillah, minggu lepas Allah beri kesempatan dan peluang untuk saya menghadiri Success Training Seminar (STS) buat pertama kalinya secara bersemuka.  STS ini telah diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan,Negeri Sembilan.  Selepas pandemik, STS ini telah mula dijalankan semula secara offline pada bulan Mei yang lepas. STS Julai merupakan STS ketiga dijalankan secara bersemuka setelah Covid19 melanda dunia. Sebelum ini, saya menyertai STS secara online sahaja. Maklumlah, faktor geografi memisahkan kami. Saya berada di Limbang, Sarawak manakala HerbaChampion Team pula di Tanah Semenanjung.      Dua kali menyertai STS secara online sudah cukup membuatkan saya rasa terbakar.πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ (semangat ye yang terbakar..hihi) Walaupun jarak memisahkan, saya tetap merasai kehangatan dan bahang event tersebut.Pada penghujun...

NAK KURUS : JANGAN BERTANGGUH

KENAPA DIET TAK BOLEH BERTANGGUH ? Apabila sebut je nak mula berdiet, ramai yang tidak bersedia. Mulalah timbul 1001 alasan untuk tidak bermula. Banyak ketakutan dan kerisauan yang timbul dalam diri. Antara alasan yang sering keluar dari mulut kita ialah, "Esok la aku mula diet. " Masalahnya, keesokan hari timbul pula alasan yang lain. Antara alasan untuk menangguhkan diet paling popular kita dengar adalah DIET bermula HARI ISNIN. Persoalannya, adakah jika kita mula diet pada hari Isnin lebih mudah dan cepat untuk kurus???πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Persoalan ini kekal menjadi misteri hingga ke hari ini.     Tahukah anda bahawa tindakan kita yang suka menunda atau menangguhkan diet membawa impak yang besar? Mungkin bagi kita ia suatu yang remeh. Ini kerana ada yang beranggapan diet itu satu perkara yang mudah. Namun, percayalah diet akan menjadi susah sekiranya kita tidak mengambil tindakan segera. Menangguh-nangguh diet membawa kesan kerana selagi tidak bermula kita tetap akan makan makanan yan...