Skip to main content

NAK KURUS : APA TINDAKAN KITA?

Nak Kurus : Bertindak Segera

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kurus adalah dambaan setiap insan. Semua orang mengimpikan untuk memiliki badan yang kurus. Apa yang paling utama ialah kurus yang sihat kerana apalah gunanya kita kurus jika tahap kesihatan tidak berada pada tahap yang memuaskan.
    Bila diajukan soalan "Nak Kurus ?" Pasti ramai yang menjawab, "Ya". Jika anda mengatakan "YA", bersama jawapan itu perlu diikuti dengan beberapa tindakan susulan. Ini kerana 'perjalanan' nak kurus yang sihat bukanlah sesuatu perkara yang magik. Ia perlu disusuli dengan usaha dan disiplin untuk mencapainya. 

    Cuba perhatikan gambar di atas. Orang yang sama, tempat yang sama tapi pada  tahun yang berbeza.  Agaknya apa akan terjadi jika saya TIADA KESEDARAN untuk berubah? Adakah saya akan jadi seperti dalam gambar yang sekarang? (2022) Tapi, perlu diingat bahawa 'perjalanan' dalam menurunkan berat badan satu proses yang panjang. Ia takkan berlaku dalam masa sehari sahaja. 
    Saya mula mendapat kesedaran untuk menurunkan berat badan pada penghujung Mac 2021. Pada waktu itu saya dapati berat saya semakin hari semakin bertambah. Sehinggalah suatu hari, saya dapati berat saya telah mencapai Tahap Obese I. Timbul kerisauan dalam diri lebih-lebih lagi apabila mengenangkan umur semakin meningkat saban tahun ( 39 tahun pada 2022 ).
    Jadi, apakah TINDAKAN yang saya lakukan ? NAK KURUS takkan berjaya jika TIADA TINDAKAN. NAK KURUS takkan berjaya TANPA USAHA. NAK KURUS juga takkan berjaya TANPA DISIPLIN.
   TINDAKAN pertama yang saya lakukan  ialah  mencari coach yang boleh membimbing saya. Saya memilih untuk menyertai Program Cabaran Kurus Online. Alhamdulillah kerana dipertemukan dengan program ini. Program intensif yang berlangsung selama 21 hari yang penuh dengan ilmu dan sarat dengan info kesihatan. 
    Dari musim ke musim saya semakin seronok berada dalam 'circle' positif dengan misi  yang sama. Program penuh ilmu ini memberikan banyak pengetahuan yang sebelum ini tidak saya ketahui. Alangkah lengkapnya ilmu yang diberikan sehinggakan semasa melakukan "cheat day" a.k.a "treat meal" pun kita diberikan tips dan panduan.
    TINDAKAN kedua pula ialah saya sentiasa berusaha mengikut meal plan yang diberi. Saya juga sentiasa teruja untuk mendengar topik coaching yang diberikan. Walaupun saya menjadi peserta rejoin, namun saya akan sentiasa memperbaharui azam untuk kurus dan sihat saya setiap kali musim baru bermula. Sekiranya ada yang tidak difahami, saya akan merujuk kepada coach supaya 'perjalanan' diet menjadi lebih mudah dan lancar. 
    TINDAKAN ketiga pula ialah saya sentiasa mencabar diri supaya sentiasa DISIPLIN dalam pengambilan makan seharian. Setiap kali meal (sarapan, snacking pagi, lunch, snacking petang,dinner ) saya akan pastikan mengambil gambar seterusnya berkongsi dalam group whatsapp. Secara tidak langsung, saya menjadi lebih berdisiplin dalam memastikan waktu makan adalah mengikut jadual yang disarankan. 
    Cukuplah dahulu saya kongsikan 3 TINDAKAN yang boleh diambil jika nak kurus. InshaAllah, saya akan kongsikan tips yang lain pada post yang seterusnya. Semoga bermanfaat.


SERTAI PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE



Apa Itu Program Cabaran Kurus Online?


Program intensif selama 21 hari untuk membantu anda MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara yang sihat hanya dari rumah sahaja! 😍😍😍


Program ini akan membantu anda mendapatkan berat idaman anda sambil mengubah gaya hidup anda ke arah GAYA HIDUP YANG SIHAT. 



11 Servis Coaching Yang Ditawarkan Untuk Anda Sepanjang Program


👉Coaching harian

👉Guide cara makan & penyediaan 

👉Menyediakan MEAL PLAN TURUN BERAT BADAN selama 21 Hari

👉Makan 5-6  kali sehari

👉Boleh makan nasi hari-hari

👉Sharing TIPS TURUN BERAT BADAN yang sahih

👉Topik Nutrisi & Pemakanan Sihat untuk TAMBAHAN ILMU

👉Shopping list sihat untuk mudah turun berat

👉Video / Guidance Home Base Workout (Buat senaman dari rumah )

👉Personal coaching untuk soal jawab harian

👉E-book resepi sihat 21 hari untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat


Sertai Program Cabaran Kurus Online sekarang!


FOLLOW INSTAGRAM : @shidaarshad_coach untuk update terkini

WHATSAPP : nakjoincko

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN KURUS ONLINE JUN COACHING : KORBAN LEMAK SELEPAS 21 HARI

 TESTIMONI PESERTA CKO 74 : EDISI JUN PROJEK KORBAN LEMAK Cabaran Kurus Online 74 : Edisi Jun 2023 Projek Korban Lemak telah pun berakhir. Sempena sambutan Hari Raya Korban, Projek Korban Lemak dipilih sebagai tema. Ramai peserta yang dapat merealisasikan tema kali ini. Mari kita lihat bersama-sama hasil lemak yang berjaya mereka korbankan pada kali ini.       7.27 % lemak berjaya dikorbankan .   Wowieee, 5.3 kg telah dikorbankan. Amazing results. Berjaya korbankan 6.3% lemak dari badan  Dalam 21 hari berjaya korbankan 4.85 kg lemak Anda teruja  tak melihat perubahan mereka? Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar sebelum dan selepas. Perubahan positif mereka  setelah 21 hari adalah hasil disiplin & aplikasi ilmu yang mereka lakukan. Banyak lemak yang telah berjaya mereka korban kan. Semua ini pasti tidak dapat direalisasikan jika mereka tidak mengambil keputusan untuk BERMULA.  Jika mereka boleh, saya percaya anda juga mampu ...

JOM CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR HARIAN

Kepentingan Minum Air Kosong yang Cukup Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan orang mengetahui bahawa minum air kosong adalah penting, tetapi sering kali, kita tidak meminumnya dalam jumlah yang cukup. Tubuh manusia, yang majoritinya terdiri daripada air, memerlukan penghidratan yang mencukupi untuk berfungsi secara optima.  Fungsi Penting Air dalam Tubuh 1.  Mengatur Suhu Tubuh : Air membantu mengatur suhu tubuh melalui proses penguapan peluh. Ini penting untuk mengekalkan suhu tubuh pada tahap yang selesa dan selamat. 2. Menyingkiran Bahan Buangan : Air memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui peluh, air kencing, dan najis. 3. Agen Pengangkutan dan Penyerapan Nutrien : Air membantu dalam mengangkut nutrien penting dan membantu penyerapan vitamin, mineral, dan nutrien lain dalam tubuh. 4. Pelinciran Sendi : Sendi dalam tubuh kita dilincirkan oleh cecair yang mengandungi air, yang membantu mengurangkan geseran d...

2023 : NEW YEAR NEW ME

  "Azam 2023 kali ni saya nak cuba kurus dengan sihat.." NAK KURUS antara wishlist popular. Ramai masyarakat Malaysia berimpian untuk memiliki berat badan yang ideal. Kurus dan sihat.  Kurus sahaja tak cukup jika badan tak sihat cergas seperti orang lain. Mesti anda pernah nampak dan jumpa dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk? Bagaimana pula dengan orang yang makan sedikit sahaja tapi badan mudah naik berganda-ganda?  Sebenarnya, formula mudah untuk kurus adalah 80% bermula daripada diet harian anda. Selebihnya 20% adalah senaman. 100 % lagi bermula dari MINDSET kita sendiri.  Jadi, nak kurus dan sihat, fokus utama anda perlu jaga adalah pemakanan harian anda setiap hari. Apa yang anda masukkan dalam mulut, akan menjadi sebahagian daripada diri anda.  Makanan yang kita ambil boleh jadi toksin, boleh jadi manfaat dan boleh jadi mudarat untuk masa panjang. Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Ingin jadikan azam dan impian anda nak kurus secara sihat...