NAIK BERAT BADAN??? HINDARI 7 TABIAT BURUK INI Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tabiat seharian kita menyumbang kepada kenaikan berat badan tanpa sedar. Saya kongsikan, tujuh tabiat buruk tersebut. Tabiat buruk #1 Tidak Fokus Ketika Makan : Makan sambil melakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan. Ini kerana kita akan makan tanpa menyedari jumlah kalori yang telah diambil. Tabiat buruk #2 Kurang Rehat dan Tidur : Kekurangan tidur dan rehat menyebabkan perubahan hormon yang boleh meningkatkan selera makan. Hal ini menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori dan karbohidrat. Tabiat buruk #3 Makan Lagi Selepas Makan Malam : Amalan makan snek lewat malam, terutamanya yang tinggi gula dan lemak akan meningkatkan jumlah kalori harian. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan tanpa sedar. Tabiat...