8 TABIAT BURUK GAGALKAN AZAM CAPAI BMI NORMAL Tahukah anda bahawa azam tahun baharu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia adalah turun berat badan atau berdiet. Jadi, adakah azam anda pada awal tahun 2023 untuk menurunkan berat badan pada tahun ini sudah tercapai? Tahniah buat anda yang berjaya merealisasikan azam dengan mendapatkan berat idaman. Bagi anda yang belum berjaya dan terpaksa menunda azam tersebut ke tahun hadapan, usah berputus asa. Teruskan usaha untuk mendapatkan berat yang diimpikan. Mari kita muhasabah punca yang menyebabkan kita gagal mencapai azam tersebut. Sebaiknya, ubah dan tinggalkan tabiat buruk pada tahun 2023 demi mencapai azam mendapat BMI normal. Jom semak bersama. #Tabiat Buruk 1 : Kerap Ambil Fast Food Kurangkan kekerapan mengambil fast food kepada satu bulan sekali dan lebih baik masak sendiri secara sihat. #Tabiat Buruk 2 : Tidak Jaga Waktu Makan Jaga tiga waktu makan utama (sarapan, makan tengah ha...