Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

NAK KURUS : BOLEH KE MAKAN DI LUAR?

  NAK KURUS : 4 TIPS MAKAN DI LUAR     Ramai orang yang gagal dalam usaha nak kurus dek kerana tidak tahan dengan godaan makanan yang menyelerakan ketika makan di luar bersama rakan ataupun keluarga.  Jadi, tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu penyebab program diet anda selalu tersasar dari landasan.     Namun, usah risau. Sebenarnya, nak kurus kita masih boleh menikmati makanan di luar. Jom, saya kongsikan 4 tips makan di luar walaupun sedang berdiet.  Tips 1 Makan di Luar : Elak order air manis Tips pertama ini sangat mudah. Elakkan memesan air manis, pilih air kosong lebih berbaloi. Air kosong zero kalori. Selain dapat menjimatkan kalori, kita juga dapat menjimatkan perbelajaan. Tahukah anda bahawa orang Malaysia sangat kreatif bab makanan. Ada bermacam-macam nama minuman dalam senarai menu. Fuhhhh..macam contoh menu kat bawah ni. Menu teh sahaja dah ada 16 nama. Macam-macam ada. Tapi ingat, kalorinya juga pasti tinggi. Nak kurus , buat pilih...